Saturday 27 April 2013

Kenapa ISA SAMAD Harus Ditumbangkan Di JEMPOL?

Apabila TanSri Isa Samad diistiharkan bertanding di parlimen Jempol, semua rakyat jelata terkejut. Bukan orang Pakatan sahaja yang tergamam malah ahl UMNO juga terasa kecewa dengan kehadiran semula beliau ke Jempol.

Apa tidaknya, sebelum ini persiapan ahli UMNO untuk memperjudikan pilihan calon tempatan tidak kesampaian dan kedatangan Isa Samad ke Jempol membawa terlalu banyak masalah kepada percaturan politik Jempol dan Negeri Sembilan khasnya.

Tanyalah rakyat Jempol atau Negeri Sembilan tentang persoalan Isa. Ada yang menjuihkan bibir tanpa sebarang kata. Ada juga yang berkata 

"Apo pulak Isa yang dipilih? Bosepah oghang lain lei (loghat NS)" atau jika parti pembangkang maka dijawabnya pula begini,

"Bolambaklah duit kek Jompol lopeh ni". Tuduhan liar semakin meliar apabila Isa disebut-sebut.

Kedatangan TS Isa melambangkan ketidakadilan UMNO dalam memilih calon untuk dipertandingkan. Apakah tidak ada calon lain untuk diketengahkan? Atau mungkin ada udang disebalik batu.

PRU.TIGABELAS sempat mewawancara beberapa ahli UMNO bawahan dan penyokong UMNO. Kekecewaan mereka tergambar apabila beberapa kawasan DUN di bawah parlimen Jempol tidak difungsikan seketika. Selang beberapa hari ia kembali pulih. Kenapa? Inilah persoalannya.

Dato Lilah Yasin telah pasti tidak tercalon. Maka bergegaslah ia bertemu Dato Isa dan ke Putrajaya memulihkan hajat untuk bertanding. Akhirnya ia terlaksana setelah bantuan TS Isa secara paksaan. DS Najib akur dengan kehendak TS Isa untuk mencalonkan dirinya dan beberapa orang pilihannya di Negeri Sembilan. Tidak keterlaluan jika disebut bahawa orang-orang yang telah pencen dan tidak mampu bertahan di NS diambil kembali menerajui NS pada Pilihanraya ke 13 ini. Mungkin Isa ada perkiraanya untuk mengukuhkan dirinya jika BN menang di NS. 

Perbalahan di kawasan DUN Dato Lilah tidak dapat dikawal pada sehari dua tetapi kembali tenang apabila ketua-ketua bahagian dan cawangan dipanggil untuk diberi taklimat "RINGKAS" dan akhirnya mereka kembali ke cawangan masing-masing menghidupkan kembali bilik gerakkan. Peristiwa pelik ini hanya Isa sahaja yang boleh menyelesaikannya.

Dato Samad dan Dato Yati yang selama ini menjadi wakil rakyat yang bermasalah mendapat mandat setelah mendapat sokongan Isa. To Mat Hassan tidak mampu berkata-kata tetapi sebahagian nyawanya telah disembelih Isa. PRU. TIGABELAS juga diberitahu bahawa jika Isa tidak masuk campur urusan pemilihan ini maka To Mat Hasan akan memilih orang-orang yang digemarinya.

Bekas Exco Lengging, Dato Sahak sebenarnya sudah lama terkubur di sana dan orang Lenggeng pun tidak mengemari akan dirinya dan mungkin keperibadiannya menjadikan dirinya dibenci. Tangan Isa menjadikan Dato Sahak "Comeback" untuk kali berikutnya.

Begitu juga calon-calon UMNO lain yang aturannya semakin kucar kacir seperti calon tangkap muat. Mat Hasan sedang mengatur strategi bagaimana menghalang orang Isa daripada maju ke hadapan terutama selepas pilihanraya.

Apabila PRU.TIGABELAS mengatur strategi untuk bertanyakan kenapa, maka ditemui jawapan bahawa ISA INGIN BERKUASA DAN BERUSAHA UNTUK MENGUMPULKAN HARTA.

Negeri Sembilan di ambang kekalahan. Bukan sahaja NS tetapi hampir semua negeri mengalami masalah trauma mempertahankan kuasa masing-masing. Selangor dan Perak mengalami masalah sama oleh PR kecuali Pulau Pinang dan Kelantan. Negeri beradat ini hanya memerlukan 4 DUN untuk dirampas jika Dun-dun sebelum ini mengekalkan kekuasaannya. Apa pun Pilihanraya ini penentu segalanya.

"Comeback" TS Isa bukan untuk seorang. Dia membawa segerombolan pengikutnya dalam barisan wakil-wakil calon. Hampir 50% calon yang disenaraikan oleh Mantan MB Mat Hassan, Sebahagiannya adalah orang-orang TS Isa. Orang-orang inilah yang akan bekerja menaikan kembali TS Isa diperhimpunan dan pemilihan UMNO May ini.

Kedatangan TS Isa bukan untuk rakyat. Rakyat tidak dapat apa-apa dari kehadiran mereka. Sejarah telah membuktikan kehadiran TS Isa dan konco-konconya akan memenuhi poket mereka. Kesempatan inilah bagaimana Isa mengumpulkan kekayaan melayu isu FELDA dan Koperasi yang dipengerusikan. Rakyat FELDA digula-gulakan dan sebahagiannya diumpan menyokong menaikkan TS Isa dimata masyarakat FELDA.

Aishah datang seperti meyelamatkan orang-orang kampung dan FELDA. Apa yang boleh dibuat Aishah sedangkan beliau adalah seorang penyanyi sahaja? Persoalan inilah yang dijaja oleh TS Isa dan UMNO dalam cara untuk mempengaruhi pengundi yang terdiri orang Melayu yang mudah diumpan.

Individu tidak penting. Yang utama bagaimana parti itu mendidik calonnya untuk berbakti kepada rakyat. kalau difikirkan calon, TS Isa lagi hebat dari Aishah, tetapi apa yang telah dibuat oleh TS Isa pada rakyat? HANCOOOORRR. Umno pun tahu tetapi buat-buat tak tahu. Nasib baik pembangkang menerjah apa yang TS Isa lakukan sepanjang 30 tahun lebih sebagai MB dan menteri. Aishah walaupun penyanyi dan wanita tetapi PAS dan PR akan membimbing setiap calon dan pemimpin bagaimana untuk memajukan rakyat.

Kehebatan seseorang itu adalah bagaimana dia bertakwa kepada Allah s.n.w. Menurut apa yang digarispandukan oleh Islam. Jauhkan dari perkara yang dibenci Allah s.n.w. Itulah takwa.

Iman dan Islam tidak cukup untuk kita masuk surga tetapi Allah memandang hati kamu, ketakwaan kami. Setakat mana kita takut kepada Allah .s.n.w. Maka tidak kira siapa jadi pemimpin, janji ia bertakwa.

UMNO mementingkan perut dan tekak mereka sahaja. Rata-rata kemasukkan rakyat ke dalam UMNO terutama untuk menjadi calon, inginkan kekayaan. Cubalah janjikan agar setiap orang yang ingin jadi calon tak ada gaji. Tobat lahom orang UMNO tak nak masuk politik pun!!.

Apakah pendidikan UMNO yang diberi kepada rakyat dalam memerintah negara? Memang ada tetapi untuk kesenangan mereka sahaja, bukan untuk rakyat dan negara. Apa lagi agama. Jauh sekali.

Oleh itu harus diingat, UMNO dan BN harus /wajib ditumbangkan dalam pilihanraya ke 13 ini agar wabak penyakit kemusnahan tidak menular jauh. Marilah sama-sama MENGUNDI DAN MEMANGKAH PR.

ISA - Ikut Suka Aku...

No comments:

Post a Comment