Monday 15 April 2013

Pilihanraya : Mampukah Orang Melayu Berfikir....

UMNO merupakan parti orang Melayu. Walaupun sekarang sebahagian daripada bukan lagi berbangsa Melayu maka ia dianggap Melayu untuk disahkan penyertaannya. Jika perlembagaan UMNO dahulu ditubuhkan untuk mereka yang berbangsa Melayu dan Islam tetapi sejak akhir-akhir ini parti itu telah diisi oleh kaum-kaum tertentu di Sabah terutama berstatus Bumiputera. 

Rakyat Kini Telah Berubah Mindanya Terhadap Negara.
Kemasukkan UMNO ke Sabah memberi ruang kepada bangsa-bangsa selain Melayu dan agama yang berlainan  menyertainya. Beretujuan untuk menakluki negeri Sabah melalui penglibatan Parti. Lebih 4 juta ahli UMNO didaftarkan sehingga kini yang sebahagian besarnya berada di Semenanjung Malaysia.

Apabila parti berteraskan Melayu dalam perjuangan mereka segala kepentingan orang-orang Melayu, adat istiadat, agama, kebudayaan dijadikan teras penubuhan UMNO. UMNO yang ditubuhkan pada 1946 menjadi parti Melayu tertua yang memperjuangkan bangsa Melayu terutama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pada awal penubuhannya UMNO begitu penting kepada negara kerana UMNOlah segala persoalan bangsa dan negara boleh diperjuangkan.

UMNO telah lama tidak menepati Janji. Rakyat menjadi Mual dan Jemu dengan UMNO.
Mereka bersungguh-sungguh menjaga, memelihara serta menerajui UMNO sehingga UMNO menjadi tulang belakang kepada setiap parti yang menyertai bersama melalui satu barisan baru iaitu Barisan Nasional. Dahulunya digelar Parti Perikatan yang menggunakan logo Kapal Layar setiap kali bertanding menentang lawan. Tidak ada parti lain yang bersatu menentang Perikatan kerana kekuatan Perikatan yang terdiri daripada MCA, MIC dan UMNO sukar ditandingi. MCA yang diwakili oleh hanya kaum Cina, MIC mewakili kaum India di malaysia menjadikan Perikatan begitu kukuh seawal 70 an sehingga akhir 90 an.

Kekuatan UMNO semakin menyerlah dari hari ke hari dan dari tahun ketahun. Perubahan kepimpinan silih berganti sehingga pada awal 80 an apabila pucuk pimpinan UMNO diketuai oleh Tun Dr. mahathir. Beliau mengambil alih pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri melalui perletakkan Jawatan Tun Hussein Onn, Dr. Mahathir membuka ruang dimensi baru terhadap Malayisa dimana pembangunan dirancang dengan baiknya. Beliau digelar Bapa Pembangunan. Untuk meneruskan perjuangan dan mengukuhkan UMNO, Dr. Mahathir berjaya memujuk Dato Sri Anwar Ibrahim menyertai parti UMNO. Anwar menerimanya sehinggalah sampai ke jawatan kedua tertinggi Negara, Timbalan Perdana Menteri.

Ramai Pemimpin UMNO dan BN Sedar Akan Erti Perjuangan Pembangkang.
Mahathir merasakan dirinya tergugat dan dirasai dirinya akan dibelakangkan oleh Timbalannya atau dengan halusnya dikatakan merampas kuasa dirinya (Dr. mahathir). Maka bermulalah episod fitnah menfitnah sehingga tersingkirnya beliau daripada UMNO dan jawatan TPM.

Episod inilah UMNO mula berubah sehingga tidak seorang pun dapat menyekat perubahan ini. UMNO semakin tidak mendapat kepercayaan ahli dan rakyat.

Tetapi tidak pada sebahagian orang Melayu!!!

Rata-rata orang Melayu dinegara ini belum pandai untuk berubah. Dikatakan tidak belajar sejarah, meeka sudah mengalami berbagai kesusahan yang dilakukan UMNO. Bagaiman UMNO entah beberapa kali melakukan pecah amanah terhadap orang Melayu entah ratusan juta kali dilakukan. Harta pusaka Melayu semakin berkurangan dan semakin terhakis. Keadaan ini  masih lagi orang Melayu tidak menyedarinya. Tidak tahulah dimana silapnya pemikiran orang Melayu negara ini.

PRU.TIGABELAS telah banyak melakukan kajian dan penyelidikan. Orang Melayu banyak yang tidak pandai dalam politik dan kenegaraan. Malah erti perjuangan pun tidak sehebat mana pun. Tidak pasti, jenis Melayu apa yang ada di Malaysia ini.

Akhir-akhir ini PRU.TIGABELAS dapat sedikit ruang mengkaji pemikiran orang Melayu tulin negara ini. Memang terlalu banyak kelemahannya, terutama kemampuan berfikir. Banyak sebabnya. Pertama terlalu miskin dan tidak terpelajar untuk berfikir, kedua kemewahan material telah disuap semenjak kemerdekaan tanpa disuapkan dengan ilmu kerohanian. Malah UMNO banyak mengubah sistem pendidikan negara ke arah melemahkan cara orang Melayu berfikir.

Tanyalah kepada mereka yang "totok" dalam UMNO terutama kepada masyarakat sederhana atau masyarakat cukup makan. Siapa UMNO? Apa itu demokrasi? Siapa sepatutnya memerintah negara ini dan sebagainya. Setiap soalan dijawab menjurus kepada sikap keasabiahan (ketaksuban) kepada Melayu dan bila di sebut Malayu, otak mereka akan menjurus kepada UMNO. Pemikiran mereka telah diracuni bahawa Malaysia untuk UMNO kerana UMNO itu Melayu. Fahaman ini berputar-putar sekitar itu sahaja. Dan untuk keluar dari kepompong UMNO akan mengambil masa yang lama.

UMNO memisahkan Agama dengan politik. Benar kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, UMNO tidak mahu orang Melayu memahami Agama sehingga menjadikan politik dan Agama berbeza. Ini dapat dilihat melalui perbuatan dan tingkahlaku serta pemikiran orang Melayu itu.

Berbeza dengan bangsa-bangsa lain yang mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan mendapat pendidikan kerohanian yang tinggi. Mereka secara otomatik akan teransang baik buruk sesuatu itu termasuklah perkembangan politik negara ini.

 Pic : Rakyat semakin berani melakukan perubahan memandangkan UMNO terlalu banyak memberi ruang kelemahan dirinya terutama dalam pentadbiran Negara, akhlak dan pemikiran.
 Pic : Menanamkan cinta kepada negara melalui kaedah kerohanian lebih banyak membawa kesan. UMNOBN gagal dalam soal ini.
Sokongan rakyat dari luar negara.
PRU.TIGABELAS sempat melakukan lawatan dan menemuramah beberapa keluarga sederhana dan kampung yang memiliki anak-anak yang berpelajaran tinggi. Sebahagian anak-anak mereka memahami pemikiran orang Melayu dan UMNO dan rata-rata meberi sokongan kepada Pakatan Rakyat(PR) walau pun ibu bapa dan datuk nenek mereka penyokong tegar UMNO.

PRU.TIGABELAS  adalah seorang Melayu dan keturunan juga Melayu. PRU.TIGABELAS telah sedar akan kepincangan UMNO dalam memimpin negara. Sebab itu PRU.TIGABELAS tidak lagi inginkan parti bangsa PRU.TIGABELAS ini. Itu dulu. PRU.TIGABELAS seperti orang lain yang mempunyai keluarga pengamal UMNO yang tegar. Ayah dan ibu melihat UMNO adalah parti keramat dan hanya UMNO sahaja yang mesti memerintah negara ini.

PRU.TIGABELAS mengambil masa beberapa tahun untuk mengubah pemikiran mereka terutama ayah PRU.TIGABELAS. Akhirnya mereka menjadi ahli dan penyokong tegar PAS sehingga mereka pulang ke Rahmatullah. Alhamdulillah kesemua keluarga dan keturunan PRU.TIGABELAS menjadi ahli PAS seumur hidup.

Kembali kepada fahaman orang Melayu, UMNO telah meracuni hampir 50 tahun pemikiran mereka dengan fahaman pemisahan agama dan politik. PAS berusaha mengubah mereka sedikit demi sedikit ke arah memahami agama dan Islam dengan lebih baik. PAS banyak men"cerdikan" orang Melayu sehingga mereka berani menentang UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

sebahagian Orang-orang Melayu menentang bukan kerana fahaman asabiahnya atau terlalu memisahkan politik dan agama tetapi UMNO telah tersasar jauh dalam mentadbir rakyat dan negara ini. Kegagalan ini ditambah pula dengan kefahaman yang dipelajari tentang politik, menanbahkan lagi kebencian sebahagian orang-orang Melayu kepada UMNO.

Kenapa Orang Melayu Sukar Berubah?

Orang Melayu tidak sukar berubah jika kena pada gaya fahaman mereka. Memberi mereka didikan agama dan selok belok kehidupan bermasyarakat majmuk seperti Malaysia akan melancarkan kefahaman mereka lagi. Kebanyakkan kesuakaran berubah terhadap mereka adalah minda meeka telah diracuni untuk tidak memahami erti keadilan, agama dan persoalan politik bersih. Sogokkan terhadap mereka merencatkan lagi proses memahami ilmu-ilmu lain. Sebab itu sistem pendidikan negara dikawal, diatur dan sebahagiannya menggunaka cara yang digunakan oleh penjajah.

Pendidikan agama dikelas keduakan, Sekolah agama banyak yang tidak disokong atau bantuan, matapelajaran agama bukan sujek teras untuk orang Islam dan sebagainya. Rakyat dimimokkan dengan hayalan melalui hiburan dengan mencipta terlalu banyak saluran hiburan seperti ASTRO, beberapa saluran TV percuma, kebebasan majalah dan media alternatif dan sebagainya.Pendek kata rakyat terutama orang Melayu di"perbodohkan" seawal usia seperti seekor anjing yang akan hanya mencari tuannya sahaja untuk berkhidmat.

Sekarang perubahan semakin beransur-ansur disebabkan pertukaran generasi sentiasa berlaku malah sedang berlaku. Mereka telah amai berpendidikan. Sebahagian mereka ramai yang berani menentang UMNO serta menentang kezaliman kepada siapa yang melakukannya. PRU.TIGABELAS melihat gejala ini tidak akan ada hentinya sehingga UMNO berubah ke satu tahap yang boleh dipercayaai. Mungkin UMNO mengambil masa lama untuk melakukan perubahan kerana rakyat sudat mangli dengan feel UMNO yang sering melakukan kesilapan.

Mungkin juga setelah PR dapat mentadbir negara beberapa penggal atau tahun, barula UMNO kembali berkuasa di atas kepincangang PR jika pincang ketika itu.

Mungkin juga UMNO akan pupus/bubar kerana UMNO telah terbubar sebelum ini. Oleh itu bersedialah wahai orang Melayu untuk menerima perubahan drastik dalam sebulan dua ini. Insya Allah negara akan bangkit semula dan orang Melayu akan dihormati oleh semua kaum di negara ini pada satu masa nanti. Insya Allah...

.

No comments:

Post a Comment