Bacaan mana-mana statistik yang bebas menyatakan peratusan orang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat semakin meningkat. Bacaan terakhir masih berada antara 35% - 55% berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini. Semua kita ketahui selain bangsa Melayu, bangsa Cina dan Bangsa India melingkungi sokongan sehingga kepada 80% - 90% dan sehingga sekarang bacaan ini masih belum bergerak.
Terlalu banyak sebab dan musabab kenapa sebahagian ahli-ahli/penyokong UMNO sukar untuk menerima perubahan terutama bangsa Melayu yang berada di luar bandar. Statistik di atas mencangkupi seluruh bangsa Melayu berbagai peringkat dan 60% daripada sokongan terhadap Pakatan Rakyat adalah orang-orang Melayu yang berada di bandar dan bermaklumat. 40% adalah terdiri dari golongan luar bandar dan terdiri daripada generasi tua (pertama dan kedua) tetapi memiliki capaian maklumat mudah atau terdiri daripada keluarga yang mudah bermaklumat.
![]() |
Tun Dr. Mahathir |
Akhir-akhir ini kepercayaan bangsa Melayu terhadap partinya semakin menurun terutama orang-orang Melayu generasi ke dua dan ketiga. Mereka beranggapan UMNO bukan lagi parti yang boleh menyelamatkan bangsa dan negara seperti dahulu. Sebaliknya telah banyak merosakkan negara dan bangsa Malaysia Khasnya. Perubahan kepercayaan disebabkan tabiat UMNO dan pemimpinnya yang banyak membelakangi keperluan rakyat terutama bangsa Melayu. Sebenarnya orang-orang Melayu telah lama perasan akan perbuatan UMNO yang lari daripada matalamatnya tetapi mereka sering ketakutan dan ditakutkan serta dibuai oleh janji-janji kosong setiap pilihanraya.
Banyak faktor kenapa sokongan orang Melayu dan rakyat Malaysia menurun sejak akhir-akhir ini. Mengikut teori politik dunia, sesuatu parti pemerintah rata-rata mampu bertahan sekitar 40 sehingga 50 tahun. Usia perubahan ini bergantung kepada kekuatan dan gaya pentadbiran yang dilaksanakan. Pentadbiran yang tidak mengandungi rasuah dan menjaga kebajikan rakyat mungkin akan bertahan lama sepertimana yang diamalkan semasa pemerintahan Khulafak Ar-Rashidin dan pengantinya selepas itu.
Pada peringkat awal penubuhan UMNO dan Parti Perikatan, mereka menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik dan unsur-unsur penyelewengan seperti rasuah, buruk akhlak dan sebagainya jarang ditemui. Undang-undang benar-benar diamalkan malah campurtangan pihak ketiga tidak berlaku. UMNO mula menunjukkan kepincangannya apabila tampok pimpinan diambil oleh Tun Dr. Mahathir. Di zaman Tun Mahathirlah UMNO dikucar kacirkan terutama penglibatan rasuah di dalam politik, jabatan-jabatan kerajaan semakin menjadi-jadi. Malah berlaku secara terbuka tanpa sebarang tindakan. Di bawah Tun Mahathirlah kepincangan sistem perundangan dan kehakiman menjadi rosak. Tun Mahathir mengajar ahlinya meneruskan tabiat amalan rasuah dan amalan memecahbelahkan kaum. Mungkin Dr. Mahathir beranggapan rakyat Malaysia terutama Melayu tidak sensitif terhadap perkembangan politik. Beliau beranggapan MELAYU MUDAH LUPA. Dari 1980 an sehingga 1994 sebahagian orang-orang Melayu dan rakyat negara ini semakin mewah dan kadar pembahagian kekayaan negara semakin tidak seimbang. Pembangunan dilaksanakan disamping mengamalkan rasuah. UMNO tidak memperdulikan perkembangan parti-parti lain terutama PAS dan DAP sehingga tanpa disedari kedua-dua parti ini telah meresapi setiap pemikiran rakyat negara ini. UMNO leka dengan kekayaan sehingga berlaku perbalahan di dalam UMNO sendiri berlarutan hingga sekarang.
![]() |
UMNO masih berbalah sehingga kini. |
PAS dan DAP berjalan secara persendirian tanpa sebarang sekatan hebat dari kerajaan atau UMNO ketika itu. PAS dan DAP bukan ancaman UMNO tetapi S46 dan sebahagian ahli UMNO yang belot musuh utama kepada negara ketika itu. Anggapan ini membuatkan parti-parti lain berkembang menyebarkan fahaman dan pengaruh mereka dengan mudah.
Rakyat semakin terdidik dengan pembangunan negara yang pesat. Internet, pembukaan banyak universiti dan IPT-IPTS, pembangunan kominikasi dan sebagainya memudahkan lagi dakyah parti pembangkang tersebar dan mudah difahami. Media-media bebas ini dipergunakan sepenuhnya sehingga setiap aktiviti kerajaan yang korup dan salah tadbir tersebar dengan pantas. Rakyat mula memahami perangai UMNO dan kerajaan. Kemiskinan dan tekanan yang dihadapi rakyat memudahkan penerimaan dakyah asing yang terbuka bebas (teori minda).
![]() |
Putrajaya menjadi rebutan pada PRU13. |
Perubahan pemikiran ini semakin menular kepada kanak-kanak yang rata-ratanya apa itu UMNO, PAS dan DAP. Mereka tidak memiliki anggapan PAS atau DAP satu ancaman. Mereka mengenali PAS dan DAP hanya sebuah parti politik yang berkemampuan memerintah seperti UMNO juga. Oleh itu kerisauan orang Melayu dan rakyat Malaysia terhadap siapa memerintah tidak lagi menjadi isu. UMNO sukar memperbaiki parti sendiri dan mengawal keinginan rakyat.
Membaik pulih UMNO memerlukan masa yang panjang. Bukan setahun dua tetapi berpuluh tahun. Ini bergantung kepada seikhlas bagaimana ahli UMNO mahu berjuang.!! PRU13 mungkin mustahil untuk diubah kecuali berlaku keajaiban. PR hanya menunggu masa untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara. Sejauhmana kehebatan PR perlu diberi peluang untuk sepenggal. Jika gagal BN akan kembali mengambil alih. Rasanya jika sudah terlepas, sukar mendapatkan kembali, seperti Kelantan dan Pulau Pinang.
Tidak ada parti bangun semula apabila ia mula meruntuh...
No comments:
Post a Comment