DAP
baharu sahaja diistiharkan oleh SKMM bahawa barisan perwakilan mereka tidak sah
sehari sebelum hari penamaan calon, 20hb April ini. Maka terpanggillah sekelian
ahli lembaga tertinggi itu mengadakan mensyuarat tergempar untuk membuat
keputusan samada perlu atau tidak bertanding menggunakan lambang roket mereka.
SKMM
melakukan perubahan terakhir, dua hari sebelum hari terpenting ini. Apa yang
menjadi masalahnya kenapa ia dilaksanakan sekarang? Kenapa tidak sahaja
menunggu setelah tamat pilihanraya. Adakah SKMM benar-benar mengikut
perundangan ataua ada sesuatu yang telah terancang dari pihak atasan.
SPR
Malaysia secara lisannya menyatakan tidak menjadi masalah untuk parti DAP
menyertai pilihanraya dan menggunakan lambang yang telah berpuluh tahun digunakan.
Maka sebahagian ahli merasa lega diatas janji yang diberikan oleh pengerusi SPR
itu. Pihak lembaga mesyuarat DAP pula merasa sangsi dengan janji yang belum
bertulis. Oleh itu mensyuarat yang diadakan pada malam 18 April 2013 memutuskan
untuk menunggu janji SPR itu secara hitam putih sehingga surat rasmi
dikeluarkan sebelum jam 3 petang pada 19 April, keesok harinya. Jika SKMM
gagal, maka DAP bertekat untuk menggunakan lambang-lambang parti sekutunya PAS
dan Keadilan dalam menghadapi pilihanraya kali ke -13 ini.
Apa
yang membimbangkan DAP dalam pilihanraya ini bukanlah lambang parti itu tetapi
sesuatu yang terancang akan menyusul pada bila-bila masa oleh pihak tertentu.
Berbagai kemungkinan yang sengaja direkacipta atau didahulukan demi mencapai
hasrat orang tertentu. SKMM telah bersiap sedia untuk tujuan itu demi arahan.
SPR berusaha merancang sesuatu berdasarkan undang-undang yang digunapakai untuk
melicinkan hasrat mereka.
DAP
bukan tidak percaya kepada kata-kata tidak bertulis SPR itu, tetapi sejarah
telah membuktikan kredibiliti badan itu telah banyak tercalar sebelum ini. Oleh
itu DAP harus berhati-hati dalam mempercayai kata-kata tanpa bertulis SPR.
Di
dalam pilihanraya berbagai kemungkinan boleh terjadi. Sejarah banyak
membuktikan kerja tipu menipu secara terancang pihak tertentu boleh meranapkan
hasrat demokrasi yang dilaungkan. Sejarah perak dibawah pakatan rakyat suatu
masa dahulu, pendaftaran pengundi hantu, rekod pengundi yang mengundi beberapa
kali dalam sehari, kisah janji penggunaan dakwat di jari dan sebagainya
membuktikan SPR tidak boleh diyakini terus. Oleh itu jalan kedua DAP diambil
demi menyelamatkan parti terus bertanding.
Sehingga
artikel ini ditulis, SPR belum lagi membuat keputusan untuk mengeluarkan surat
hitam putih janji pengerusi SPR itu. PAS
dan KEADILAN menunggu untuk menadah nyiru menerima DAP menggunakan lambang
mereka.
Jika
berlaku penggunaan logo oleh DAP itu maka sejarah akan tercatat inilah
pilihanraya yang terkotor diadakan sepanjang 13 kali diadakan dan sejarah ini
membuktikan Malaysia bukanlah sebuah Negara mengamalkan demokrasi tulin tetapi
kezaliman membina.
Usaha
pihak-pihak tertentu terutama pihak BN dalam menghadap perkara ini amat
membimbangkan. Mungkin semasa perancangan ini dilakukan, BN/UMNO berhasrat
memecah belahkan parti-parti yang bersatu dalam Pakatan Rakyat (PR). DAP dan
PAS dilaga-lagakan berasaskan kaum dan sentiment agama, atau memperlekehkan PAS
menerima mudah parti Cina ke dalam parti Islam. UMNO akan memastikan kerjasama
PAS dan DAP tidak tercapai. Begitu juga untuk melakukan provokasi kaum agar PKR
akan merasa cemburu diantara ahlinya jika DAP menggunakan lambang PKR untuk
bertanding.
Usaha
UMNO ternyata gagal apabila PAS dan PKR membuka tangannya menerima permohonan
DAP malah hasrat bersatu dalam satu lambang sepertimana diinginkan hampir
tercapai. Maka pilihan raya kali ini PR akan mudah menari minat pengundi aau
memudahkan mengundi membuat pilihan tanpa gangguan psikologi lambang. DAP akan
menggunakan lambang PAS di seluruh Semenanjung Malaysia yang ditandingi DAP dan
menggunakan lambang PKR di Sabah dan Sarawak. Kebijaksanaan PR melalui
permuafakatan ini menggusarkan BN-UMNO dalam menghadapi pilihanraya yang
tergetir ini.
Usaha
BN-UMNO tidak sampai di sini sahaja. Keputusan SKMM adalah keputusan UMNO,
cadangan SPR adalah cadangan UMNO dan segala geraklaku SPR adalah geraklaku
UMNO. Jika UMNO bergerak selangkah maka PR akan berusaha mencari dua tiga
langkah lagi untuk menyelamatkan diri. Jika UMNO terbatuk atau berdehem, PR
akan “muntah” terus agar UMNO dan sekutunya terdiam terus.
Sebelum
kertas undi dicetak selepas penamaan calon, keputusan harus dibuat oleh parti
dan calon. Lambang mana ingin digunakan harus ditentukan pada 20hab April ini.
Jika salah percaturan, DAP dan PR akan menerima padahnya. UMNO berusaha
melakukan “mental toucher” terhadap parti lawannya agar sedikit sebanyak
menganggu kelancaran parti pembangkang. Berbagai cara akan terjadi, dijadikan,
menjadi dan sebagainya agar lawan UMNO dapat dikurangkan undinya. Provokasi,
fitnah, halangan, undang-undang kecil dan besar, peraturan setempat dan
sebagainya banyak digunapakai dalam pilihanraya kali ini untuk mengekang
kemaraan PR-Pembangkang istilah mereka.
UMNO
telah terhidu akan kekalahan pada kali ini. Darjah kekalahan ukuran UMNO ada
tahapnya. Mungkin apabila melihat perkembangan pergerakkan rakyat dalam
ceramah, media dan soal selidik badan-badan NGO tertentu membuatkan mereka
melatah. Pukulan hebat pembangkang kali ini merimaskan UMNO terutama pemimpin
tertentu. Kacamata mereka melihat perubahan ini perlu dilakukan tindakan drastik
agar peritiwa 2008 tidak berulang. Tetapi UMNO dan BN tidak melakukannya dengan
betul. Ucapan dan cadangan berdegar-degar untuk melakukan perubahan, tetapi
gagal dan hanya tinggal “degar” sahaja. Mungkin masa tidak mengizinkan untuk
melakukan perubahan kerana jangkamasa 5 tahun untuk mengubah 4 juta ahli
terutama yang berkuasa amat memeritkan. Presiden sendiri tidak mampu mengubah
dirinya, bagaimana pula untuk mengubah parti dan ahlinya. Sayugia dinyataka
disini, fitnah dan penipuan sahaja yang ada dalam tangan dan agenda mereka
untuk selamatkan parti serta krooni.
PR
terlalu yakin untuk ke Putrajaya. Keyakinan ini diterjemahkan melalui tindakan
dan kata-kata yang sungguh memberansangkan. Jika pilihanraya sebelum ini
diadakan, PR atau parti-parti pembangkang yang bertanding tidak berhasrat
menjadikan Malaysia untuk diperintah atau berhasrat ke Putrajaya, tetapi kali
ini amat berbeza sekali. Hasrat PR adalah ingin ke Putrajaya dan melantik Dato
Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Seperti kata-kata pilihan dalam
mana-mana media social, “ANWAR atau NAJIB menjadi PM, sila pilih”. Pernyataan
ini tidak pernah keluar sebelum ini kerana hasrat pembangkang hanya impikan
menang dalam satu-satu kawasan atau Negeri. Hasrat memerintah Negara tidak ada
dalam diary mereka. Hasrat ini berlaku apabila penggabungan DAP,PAS dan
PKR terhasrat setelah PRU12. Titik
inilah bermulanya kebimbangan UMNO dan BN dalam Geopolitik Negara.
Senario
berubah sekarang. Kalau dahulu rakyat hanya memikirkan kawasan itu dan ini
milik siapa. Otak mereka sendiri tidak membayangkan pembangkang boleh
menang mudah di satu-satu kawasan malah
untuk mengaku PM dari pembangkang pun amat jauh sama sekali. Begitu juga calon
pembangkang itu sendiri. Rakyat tidak lagi berada pada takuk pemikiran PRU-1
atau seterusnya. Mereka telah ter”update” secara spontan apabila berlakunya
perubahan pemikiran yang dibawa DS Anwar bermula seawal 90an dan 2000.
Rakyat
mengambil inisiatif berubah dan terus berubah daripada duduk di pemikiran lama.
Kata orang Negeri Sembilan “Pangkah Yang lamo ajo” tidak lagi ada dalam fikiran
rakyat. Rakyat bijak membuat pilihan. Pilihan yang ada terlalu banyak. Fikiran
rakyat semakin bercambah dari masa ke semasa. DAP yang dianggap parti asing
bagi kaum Melayu tidak lagi dianggap demikian. UMNO masih memomokkan fikiran
orang Melayu dengan mengatakan DAP parti komunis. Kenapa? Tidaklah arif sangat
untuk ditafsirkan. Mungkin UMNO terdesak dan bukan BN. Ini kerana DAP merupakan
parti yang awal ditubuhkan semasa kemerdekaan bersama parti di Singapura.
Mungkin juga sebagai senjata terakhir untuk mengabui mata rakyat terytama orang
Melayu agar tidak memihak kepada DAP. UMNO sentiasa menjaja slogan ini tetapi
semakin dijaja semakin tidak yakin rakyat terhadap UMNO.
Sebenarnya
pakatan Pakatan Rakyat banyak membantu DAP berada di hati rakyat. PAS yang
dahulunya musuh politik semasa pilihanraya dalam barisan pembangkang, kini
bersatu menubuhkan barisan pembangkang bersama Parti Keadilan. PAS banyak
menyakinkan orang Melayu terhadap persepsi mereka. PAS merapatkan lagi hubungan
kaum terutama kaum Cina sehingga PAS mampu didekati bangsa lain sehingga
tertubuhnya DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS). DHPP rata-rata terdiri
daripada kuam-kaum bukan Melayu. Melalui ini DAP semakin yakin dengan PAS dan
orang Melayu semakin memahami perjuangan DAP.
Sepanjang
tertubuhnya DAP tidak ada masalah getir yang mereka hadapi. UMNO memberi laluan
kepada parti ini bertanding dengan mudah kerana bagi BN, DAP tidak membawa
apa-apa sengat dalam politik. Orang-orang Cina lebih yakin pada MCA di dalam BN
dan orang-orang India memihak kepada MIC yang juga berada dalam BN. DAP tidak
diselongkar kesalahannya kerana mungkin membuang masa UMNO dan BN. Begitu juga
PAS dan parti baru yang lain.
Kebangkitan
rakyat yang memberi sokongan pada kepada PR terutama tiga parti utama
pembangkang (DAP, PAS dan PKR) mengoncang tiang seri UMNO. Tahun 2004
bermulalah babak-babak “bunuh membunuh” antara parti terutama PAS pada
peringkat awalnya. UMNO mula mencari kesialapan pembangkang walaupun sekecil
kuman. UMNO akan bertindak mengheret kemahkamah jika PAS atau DAP melakukan
kekhilafan yang asasnya boleh diperbincangkan. PAS dan DAP menjadi mangsa
tuduhan fitnah. UMNO dengan bantuan “machinery” kerajaan. Jabatan kerajaan dan
anggota keselamatan akan menjadi mata-telinga UMNO mencari kesalahan untuk
dipersalahkan.
Kesabaran
PR terutama DAP dan PAS membuahkan hasil apabila UMNO sukar mengintai
kesialapan mereka. PKR sering dilaga-lagakan bersama DAP dan PAS agar kerjasama
antara tiga parti pembangkang ini tidak terlaksana. Tetapi usaha UMNO gagal
kerana melalui pakatan bertiga mampu membendung tuduhan fitnah UMNO yang
semakin hari semakin menggila. UMNO semakin terdesak dan keterdesakkan ini
disebabkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat dari hari
ke hari. Oleh itu wajarlah UMNO berusaha melakukan modus operandinya yang biasa
iaitu membatalkan apa-apa yang seharusnya menghalang daripada menyertai pilihanraya.
DAP
adalah parti terkuat mendapat sokongan dari pengundinya, kaum Cina. 80-90
peratus orang-orang Cina akan mengundi DAP. Itu sudah pasti dan diakui oleh
semua parti termasuk UMNO. PAS dan PKR masih bergantung kepada orang-orang
Melayu untuk menyokongnya. Jika 10 kawasan dipertandingkan oleh DAP 8 atau 9
kawasan itu akan menjadi milik DAP. PAS dan PKR tidak menjadi masalah terhadap
pengundi Cina kerana pengundi-pengundi Cina mendengar kata pemimpin yang
disokongnya. Malah orang MCA juga akan memberi sokongan kepada DAP secara
‘diam”.
Orang
Melayu memerlukan sedikit lagi pendidikan politik. Gaya pemikiran lama masih
bertapak di minda mereka terutam pengundi saluran satu dan dua. Rata-rata
pengundi Melayu saluran satu dan dua ini tidak mudah dipengaruhi oleh
kesensitivitian keselamatan dan pembangunan Negara. Mereka akan tergugat jika
soal bangsa dan makan minum dijadikan modal isu. UMNO menggunakan modal ini
dalam menakut-nakutkan orang Melayu. Sejarah lama “13 May, pemberontakkan
Komunis dan soal perbalahan kaum” menjadi tajuk ceramah oleh UMNO. Persoalan
agama tidaklah kritikal sangan, mungkin orang Melayu tidak sensitive terhadap
Islam kecuali dipergunakan untuk “mengertak” sebahagian mereka. Kehadiran PAS
banyak mengajar rakyat ertia Islam dan keIslaman. Kesedaran sebahagian orang
Melayu terutama di kampong dan kawasan-kawasan pendalam seperti FELDA dapat
ditembusi. Mereka mula membuka mata untuk melakukan perubahan. Mungkin PRU2013
ini dapat melenyapkan tangkapan rakyat terhadap UMNO dan menukar kerajaan baru
untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju dan berkejayaan.
PRU13
tidak menjanjikan PR akan ke Putrajaya tetapi usaha kea rah situ merunsingkan
UMNO. Jika Berjaya maka UMNO akan mula menerima kehancuran.

Apabila
DAP meminjam lambang PAS dan PKR dalam pilihanraya melambangkan PAS bersedia
menerima orang Cina di dalamnya asalkan ia tidak menyalahi peraturan PAS dan
PKR. PAS bersedia sejak awal lagi untuk menerima kaum Cina dalam DHPP. Takdir
Allah s.n.w DAP menyerahkan ahlinya kepada PAS untuk dididik dengan seadanya.
Begitu juga PKR. Inilah keunikan PAS dan Pakatan Rakyat.
Semuga
dengan usaha kerjasama antara Pakatan Rakyat dapat diiplimentasikan sehingga ke
Putrajaya. Perselisihan faham yang sedikit dapatlah diselesaikan dimeja
rundingan dan capailah kata sepakat untuk kepentingan RAKYAT DAN NEGARA.
SEKIAN……
No comments:
Post a Comment