Monday 1 April 2013

PM NAJIB... Memerhati Perlakuan Peliknya Akan Membawa Fitnah..

Cara kehidupan kita melambangkan siapa diri kita. Kita tidaklah perlu berpura-pura atau meniru cara orang lain melakukan sebarang kerja dan amalan. Akhirnya memakan diri sendiri.

Saya bukan melarang Dato Seri Najib makan dan bermesra secara paksa tetapi ia akan memburukkan lagi keadaan diri itu serta mewujudkan fitnah. Orang kampung dan masyarakat Malaysia sudah cerdik, pandai menilai serta cukup tajam pemerhatiannya.

Najib yang dilahirkan dan memiliki kehidupan yang mewah dan tidak pernah mengalami kehidupan yang susah sejak dia dilahirkan. Begitu juga seluruh keluarga dan anak-anak mereka. Apabila celik sahaja mata dan dapat melihat dunia ini, kemewahan telah menyelubungi mereka. Ia amat berlainan dengan arwah bapanya Tun Abdul Razak yang besar kemungkinan memahami selok belok kesusahan kehidupan memandang beliau dikelilingi oleh orang-orang susah. Walaupun Tun Razak sendiri juga masih dalam kategori orang senang. Kesenangan yang dimiliki Tun Razak melindungi kesusahan rakyat daripada pandangan anak-anaknya.

Bukan sahaja mereka, malah anak-anak kita juga akan mengalami keadaan yang serupa jika pendedahan masyarakat dan kesusahan serta pendidikan agama tidak diberikan secukupnya. Bukan PRU.TIGABELAS ingin mngatakan DS Najib tidak mendapat pendedahan perkara-perkara itu semua tetapi hasil perlakuan, tatacara, pertuturan, pendekatan serta keputusan yang dibuat tidak langsung mencerminkan perkara di atas. Malah lenggok gaya badan pun terasa teramat kekok seperti dibuat-buat.

Apabila beberapa bloger memaparkan cara pergaulan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat bersama masyarakat di Malaysia, DS Najib juga beriya-iya meniru cara PR melakukan kaedah pendekatan yang sama. Cara menekatan rakyat, bersalaman, bersentuhan dan cara berkominikasi secara individu bersama rakyat juga amat berlainan. Malah tidak menusuk ke dalam hati penerima dan pemerhatinya. Orang akan berkata, "Aleehh.. orang kaya senanglah..".

Ia amat berlainan sekali jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan Pimpinan Pembangkang terutama Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa pimpinan PR yang lain. Jika dilihat melalui gambar-gambar yang tersiar, aksi dan fisiologi yang terhasil adalah bersahaja dan bukan dilakon-lakonkan. Mungkin bagi orang UMNO ia berlakon dan boleh dibuat. Jika ia boleh dilakukan sudah lama DS Najib melakukannya dan dia sedang melakukan pun tetapi gagal dan janggal. 

Suasana makan atau bermesra tidak rasmi bersama rakyat perseorangan juga menampakkan keikhlasan dan kehidupan sebenar pemimpin-pemimpin ini. Beberapa jurufoto telah mencuri-curi menangkap gambar sebagai mungkin bahan tulisan mereka seperti PRU.TIGABELAS ini bukanlah sesuatu yang dibenarkan.
Sentiasa Makan di Restoran Terpilih Dan Makan Bersama Keluarga Di Khalayak Ramai.
Sentiasa Mengamalkan Sunnah




Pimpinan PR - LGE dan Pimpinan DAP tidak kekok bersama rakyat dan sahabat.



DS Najib Sering diiringi orang-orang kenamaan dan SB

Bagi pimpinan Pakatan Rakyat, cara makan bersahaja dan ditempat-tempat sebegini sudah menjadi cara harian meeka, malah jika mereka tidak bersama rakyat sekali pun, di rumah atau di Masjid atau bersama sahabat-sahabat mereka akan makan cara begini juga. Terutama Tuan Guru Nik Aziz. Beliau tidak meletakkan makanan sebagai agenda utama dalam kehidupan atau keselesaan tidak ditempatkan ditangga utama kehidupannya. Tuan Guru lebih mementingkan ibadah dan konsep syukur menghadapi kehidupannya. Oleh itu kebiasaannya telah menjadi biasa dan sebahagian dariapad cara hidup sehariannya. Hampir semua pimpinan utama PR datang dari keluarga yang susah, yang mengalami kehidupan seperti masyarakat kebanyakkan di Malaysia. Sebab itulah apabila berhadapan bersama rakyat rasa kekok dan janggal itu tiada dalam kamus mereka.

Percayalah DS Najib hanya bersifat sementara sahaja perlakuannya. Ia akan berlaku sekitar sebulan dua ini sepanjang kempen dalam Pilihanraya sahaja. Setiap 5 tahun akan berulanglah perilaku palsu ini di hadapan rakyat. Perbuatan keluar makan bersama keluarga di kedai seperti yang dilakukan oleh DS Najib adalah perbuatan bodoh yang tidak seharusnya berlaku kepada seorang PM. Orang tahu ia adalah satu kepalsuan untuk memancing undi.

Kononnya agar rakyat akan melihat PM Malaysia pun makan kedai mamak dan restoran seperti pimpinan PR. Jangan disamakan mereka dengan PM Malaysia, aib dan memalukan. Ia seperti kepura-puraan sahaja.  Bukan tahap PM untuk turun makan di restoran waktu begina bersama keluarga kecuali jika bersama rakyat dan kawan-kawan parti. Jangan bawa keluarga dan menantu bersama kerana ia menimbulkan lebih banyak fitnah. Kejanggalan amat jelas keliahatan dan cepat dirasai oleh rakyat. Rakyat akan beranggapan, "BETAPA BODOHNYA PM MAKAN DIRESTORAN MEMBAWA KELUARGA, PANCING UNDILAH TU!!!!".

PRU.TIGABELAS perhatikan pimpinan PR tidak pernah membawa saja-saja keluarga makan ke kedai untuk bergambar seperti PM sebagai alat pancingan undi. kalau dibawa pun tidaklah jadi satu masalah kerana mereka bukan PM. Tetapi jika mereka lakukan juga, rakyat pun dapat menilai fitnahnya. Lihat sahaja foto-foto lain yang ditemui dan jika ada pun ia sekadar bersahaja dan tidak secara rasmi seperti PM lakukan beberapa kali. Malah pelakuan PM seperti ini bermusim, sewaktu musim PILIHANRAYA sahaja. Selepas ini PM dan keluarga akan makan di luar negara dan hotel-hotel mewah. Rakyat sudah muak dengan sikap hipokrit pimpinan UMNO yang kaya-raya.

PERCAYALAH......


No comments:

Post a Comment