Wednesday 6 February 2013


Setuju atau tidak setuju kita terpaksa akur dengan arus perubahan politik tanahair masa kini. Gelombang perubahan bukan boleh disekat dengan mudah atau dihalang hanya dengan dua tiga patah perkataan sahaja. Perubahan atau berubah memerlukan masa, kesabaran dan kegigihan yang cukup tinggi. Apabila perubahan berlaku maka sukar untuk dikembalikan seperti sediakala dan ia juga memakan masa yang lama seperti perubahan sebelumnya.
Wang dan ringgit menjadi taruhan dalam menarik minat rakyat terhadap sokongan dal UMNO.

PRU.TIGABELAS melalui setiap perubahan politik negara bermula terbentuknya pakatan perikatan awal 1960 an sehingga sekarang. Perubahan yang terjadi samada pada mana-mana parti politik cukup mengejutkan PRU.TIGABELAS terutama perubahan di dalam pemikiran rakyat negara ini.

Malaysia yang dianugerahkan dengan rakyat yang berbilang kaum dan agama, dianggap amat unik sekali oleh beberapa negara terutam negara-negara sebelah blok barat. PRU.TIGABELAS sempat menemuduga beberapa orang rakyat di sana berhubung Malaysia dan politik semasa PRU.TIGABELAS berkunjung ke sana. Mereka menganggap Malaysia sebuah negara yang agak unik dan tidak terdapat dinegara-negara jirannya seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan sebagainya. Cara pentadbiran dan kesefahaman sesama bangsa terjalan dengan baiknya. Sukar bagi mereka mengandaikan apa akan terjadi pada masa akan datang memandangkan rakyat yang berbilang kaum di sini telah diterap oleh satu jiwa ke Malaysiaan dimana setiap kaum asal tidak lagi memiliki ciri-ciri sikap seperti bangsa mereka di tanah asal. Kaum India contohnya tidak lagi terbawa-bawa dengan feel dan budaya di negara asal mereka India. Cara peradapan dan corak kehidupan kaum India di sini dikatakan banyak berubahan dan mereka mengamalkan cara kaum India yang mirip ke Malaysiaan. Begitu juga kaum Cina, sebahagian orang-orang Cina tidak faham atau fasih berbahasa Cina terutama mereka yang berasal dari negeri Pantai Timur. Mereka masih mengamalkan adat resam bangsa Cina tetapi berkomunikasi menggunakan Bahasa Kelantan (Melayu). Terdapat juga orang-orang Cina di Malaysia tidak boleh bertutur Bahasa Manderin kecuali menggunakan bahasa lidah kaum mereka sepereti (Taoucu, Kek atau Hokkien). Akhirnya ada yang bertutur menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi sesama mereka.

Apabila musim berpolitik tiba (Pilihanraya) kaum Cina, India dan Melayu tidak lagi memikirkan bangsa apa yang harus dipilih untuk menjadi Calon atau menaikkan satu-satu bangsa sahaja dalam sesuatu pilihanraya. Amalam ini wujud pada awal kemerdekaan dahulu atau sebelum tigabelas May 1969. Peristiwa 13 May banyak mengajar akan kelemahan diri dan kelemahan sesuatu kaum jika diamalkan. Oleh itu rakyat negara ini memulakan perubahan untuk berkongsi politik dan berkongsi fahaman dalam mentadbir negara. Rata-rata Malaysia berjaya mengamalkan sikap ini sehingga sekarang. Usaha pemimpin terdahulu tidak harus dipersia-siakan.

Tetapi akhir-akhir ini UMNO mula memainkan sentimen perkauman apabila dirasai tergugat bahawa UMNO atau BN akan mengalami kekalahan terutama 10 tahun kebelakangan ini. Perubahan ini amat menakutkan mereka kerana fobia akan kehilangan kuasa sehingga beranggapkan kuasa memerintah hanya untuk UMNO dan BN. Mengapa ini berlaku dan harus dilakukan? Kenapa UMNO dan BN yang telah lama faham dan mendidik rakyat negara ini melalui rukun negara dan akta-akta lainnya ingin memusnahkan negara ini. Malaysia telah terdidik dan teramal dengan sikap kerjasamanya. Seharusnya UMNO dan BN akur dengan kesilapan yang telah dilakukan.

Bukankah Malaysia ini untuk rakyat Malaysia? Perlembagaan Negara ini telah mengsahkan sesiapa sahaja boleh memerintah asalakan mengikut aturan demokrasi  yang terbentuk dan di amalkan.Tidak kira parti apa pun yang menang, mereka harus dihormati untuk mentadbir negara asalkan mengikut rukun-rukun Negara yang telah dipersetujui. Semua itu adalah pilihan rakyat. Kenapa perlu disekat kebebasan berpolitik atau berdemokrasi. Ini telah mencabul hak asasi kebebasan berpolitik.

Kesilapan yang UMNO dan BN lakukan sebelum ini biarlah menjadi tauladan dan bermuhasabah diri kenapa rakyat menolaknya. Kajilah diri sendiri sebab musabab penolakan itu. Baiki diri dan lakukan perubahan agar rakyat dapat menerima kembali UMNO dan BN dalam suasana yang tenang dan tidak dipaksa. Terlalu leka dengan kuasa dan beranggapan parti lain atau rakyat tidak bertindak adalah satu anggapan yang salah. Segala amal perbuatan yang melanggar undang-undang negara dapat dihidu oleh rakyat yang selama ini cintakan keharmonian. Rasuah, buruk akhlak, penipuan serta mengabaikan rakyat merupakan isu yang paling sensitif. UMNO dan BN beranggapan rakyat tidak nampak dan mengetahu perbuatan ini sehingga ia sukar dikawal akhirnya memakan diri.

Pada pandangan  PRU.TIGABELAS UMNOlah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. UMNO membiarkan segala kepincangan ini terjadi malah sebahagian daripada perbuatan keji di dalam negara ini dilakukan oleh UMNO sendiri dan akhirnya terikut-ikut diamalkan oleh parti komponen mereka BN. Amalan rasuah menjadi aktiviti wajib dalam setiap urusan yang dilakukan. Dimana sahaja tempat dan keadaan, ia mudah dirasai dan didapati. PRU.TIGABELAS mendapati apa sahaja aktiviti sepereti mendapatkan tender, mendapatkan kerja, menjadi ketua, perundangan dan sebagainya harus mempunyai wang pelincir sebagai habuan mendapatkan sesuatu tujuan. Pernah beberapa kawan-kawan PRU.TIGABELAS ingin memasukkan anak ke asrama penuh terpaksa melalui orang atasan untuk memasuki asrama. Begiti juga untuk memperolehi tender, tanpa orang dalam mustahil untuk menang dalam projek-projek tertentu. Pendek kata setiap gerak geri dalam berurusan dalam jabatan kerajaan atau NGO telah teramal dengan amalan rasuah.

Mereka tidak merasa bersalah dan beranggapan amalan seperti ini "Kerja Biasa". Dunia sudah begitu kata mereka. Ini menunjukkan satu-satu perkara teratas dan terpenting yang ditinggalkan oleh UMNO adalah "Ajaran Spiritual" walaupun Malaysia telah diistihar Negara Islam. Gelaran dan amalan amat berbeza tetapi mungkin salah fahaman dan anggapan dalam amalan UMNO menjadikan negara ini akhirnya rosak terjerumus dalam kancah kehancuran.

PR (PAS, DAP) yang wujud sama sepereti wujudnya Barisan Nasional (BN)-telah 50 tahun memiliki hasrat yang sama. Menjamin Malaysua(negara ini) berada dalam trek yang sebenar-Adil dan tenteram. Apabila UMNO menodai kepercayaan ini maka bangkitlah PAS dan DAp scara berasingkan (sebelum berpakat) menegakkan keadilan. Keadaan semakin sukar kerana berjuang scara berasingan. Akhirnya PAS dan DAP mendapat persetujuan untuk bersama Keadilan (PKR) menegakkan keadilan dalam tujuan yang sama dan berpendapat berbeza. 

Berbeza pendapat adalah satu Rahmat. Tetapi jika sama pendapat tetapi berbeza tujuan, akan menyebabkan negara tidak kemana. Membenteras rasuah, membela rakyat demi keadilan dan sebagainya adalah tujuan PR (setelah bergabung). Tidak ada mana-mana komponen di dalam PR melakukan perkara-perakara yang boleh merugikan negara dan rakyat. Menghapuskan rasuah merupakan salah satu agenda utama diperjuangkan terutama rasuah yang dilakukan, diamalkan dan yang menjadi darah daging dalam UMNO dan BN.

BN terutama UMNO semakin gelabah apabila perubahan ini semakin memuncak di akhir-akhir sebelum pilihanraya. Banyak perkara yang jelas dapat dilihat menunjukkan ketidak tentuan hala tujua BN.  UMNO terpaksa menangani terlalu banyak masalah besar terutama di dalam parti sendiri. Rasuah demi rasuah besar yang timbul akhir-akhir ini dan pendedahan demi pendedahan terbongkar  berlegar di dada-dada akhbar serta mahkamah menyebabkan Dato Seri Najib dan Timbalannya mencari jalan penangkisan secara solo. Mahkamah tidak digunakan kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Persoalan Dati Seri Rosmah belum lagi reda dan ia merupakan isu tertinggi yang menggugat kredibiliti PM dan UMNO. Bukan PR sahaja yang  marah terhadap isteri PM itu, orang-orang UMNO juga mula menilai kebenarannya. Mereka sukar menjawab persoalan ini kerana bukti yang kukuh menyebabkan orang-orang UMNO merasakan PN perlu dinilai semula atau diturunkan. 
Datin Seri Rosmah Mansor


Isu pembelian cincin sehinggalah kes pembunuhan Althantuya Saribu mewarnai tajuk  perbualan di dalam politik. Campurtangan Rosmah di dalam aktiviti UMNO dan politik tanahair melemaskan sebahagian orang-orang UMNO. Semua perkara ini boleh didapati dan didengari dalam sembang antara mereka (diparlimen) atau dilobi-lobi hotel. Siapa berani menegur isteri PM kecuali berdiam diri sahaja. 

UMNO harus di selamatkan. 

Itu yang terkeluar daripada sebahagian mulut-mulut perwakilan dan sinior UMNO. Tetapi mereka tidak meyebut ia disebabkan Rosmah kecuali Tun Mahathir yang lantang berterus terang menegur Dato Seri Najib. Tetapi itu pun secara sinis sahaja. Siapa peduli, kerana dia adalah Isteri PM dan siapa Tun Mahathir sekarang, hanya ahli UMNO dan rakyat biasa sahaja. Bersuara tetapi tidak berkuasa.

Kekuatan PR yang diketuai Dato Seri Anwar dikatakan mula "Menangguk Air Yang Telah Keruh", keruh oleh perbuatan UMNO sendiri. PRU.TIGABELAS  mengakui dan apa juga keadaan dan suasana yang berlaku dalam politik adalah satu kesempatan. DSAI dan PR merebut peluang ini, air yang telah dikeruhkan mereka sudah tentu banyak ikannya atau hidupan yang tidak diduga. Allah telah menentukannya terlebih dahulu. Manusia hanya merancang. 

No comments:

Post a Comment