Tuesday 26 February 2013

Bilalah Pembubaran Nak Diumum!!!!

Oleh : PRU.TIGABELAS.

PRU.TIGABELAS merasakan macam dah ke tahap "gaban" menunggu pengumuman pembubaran DUN dan PARLIMEN oleh PM. Setiap hari PRU.TIGABELAS membelek Internet, menyibak akhbar, SMS dan sebagainya jika-jika ada berita pengumuman. 

Semasa bersembang di kedai kopi PRU.TIGABELAS juga terdengar bisikan dan bualan tentang pengumuman PRU oleh Najib. Ada juga yang menyebut dan mengeluarkan kata-kata "PM ni masih fobia agaknya macam PRU12 dulu". Entahlah, bisik hati PRU.TIGABELAS mendengar berbagai keluhan dan bualan sepanjang menunggu PRU13 kali ini.

Sepanjang pilihanraya yang pernah PRU.TIGABELAS lalui, inilah PRU yang paling menakutkan, mendebarkan, malah kadang-kadang PRU kali ini  terasa ibarat penentu masa depan negara dan keluarga. PRU.TIGABELAS juga terkesan dengan perubahan gelombang rakyat kali ini.

Masuk kali ini sudah 4 kali PM memainkan rakyat. Daripada tahun lepas sehinggalah tahun ini rakyat dibiarkan meneka dalam kesamaran.

PM suka bermain-main dan meneka-neka. Suka mempermainkan rakyat. Jangan anggap rakyat ini seperti budak-budak. Seperti kata TG Nik Abdul Aziz pasal BR1M kepada Najib dan UMNO,

    JANGAN JADIKAN RAKYAT INI SEPERTI HAIWAN.

Rakyat bukan budak-budak atau haiwan tetapi jangan di"permacamkan". Contoh-contoh lain banyak boleh disenaraikan di sini. Contohnya:

         "Kak ROSMAH tu rambut mengerbang macam Singa". PRU.TIGABELAS tak mengatakan Kak Rosmah seperti seekor Haiwan Singa tetapi macam  sahaja. Kalau orang lain pandang mungkin macam Mak Limah Balik Rumah atau sebagainya. Itu kata orang yang mengatakan atau diri sendiri me"macam"kan diri menjadi Singa itu. maka jangan meniru atau membuatkan orang macam di"macamkan" itu. Itu contoh sahaja. Kalau terasa lagi elok".

            Sebenarnya rakyat sudah mula mengamok dan bertambah marah dengan tabiat dan perangai Tok Najib ni. Apa yang ditunggu tak pulak PRU.TIGABELAS arif. Orang kata tidak nampak perubahan lagi atau laporan daripada SB-SB UMNO tidak menyebelahi Tok Najib. Rakyat tidak penting buat Tok Najib buat masa ini. Usaha mencapai kemenangan harus dicari. Apa jalan sekali pun harus diterokai. Puak-puak orang suruhan masih berkeliaran di seluruh negara mencari ruang kesilapan Pakatan Rakyat agar dijadikan modal Pilihanraya.

       Teringat PRU.TIGABELAS pada beberapa pemilihan dalam undian yang dilakukan UMNO sebelum ini. Tengku Razali Hamzah mencapai kemenangan dalam pemilihan President dahulu kalah disebabkan sabotaj Tun Dr. Mahathir menggunakan Tengkolok yang dipakai Tengku Razali Hamzah (KULI). Kelantan diistihar darurat pada awal 70 an disebabkan UMNO kalah di sana. Ini kerja Mahathir yang merancang untuk kemenangan secara rampasan. Di Perak, terengganu dan di sabah juga. Kesemua ini di menangi oleh UMNO kerana menggunakan saluran bukan demokrasi atau tidak secara jujur. UMNO terpaksa membelakangi undang-undang agar cita-cita tercapai.

UMNO boleh buat apa sahaja, janji menang.

          Kelewatan mengadakan pilihanraya adalah paling buruk pada PRU13 ini. PRU.TIGABELAS merasakan ada sesuatu yang tidak kena kepada UMNO dan Tok Najib. Kalau tidak ada sesuatu tidak akan berlaku sesuatu. Sebab dan musabab itu menjadi fitrah kehidupam. Mungkin Tok Najib telah dapat menghidu kekalahan BN dalam pilihanraya kali ini.  Kalah bererti undur.  Kalah bererti nasib yang buruk akan melanda dirinya, keluarganya, UMNO dan nasib sebahagian pimpinan UMNO.  Mungkin Tok Najib tidak dapat ruang sesuai untuk pembubaran. Laporan SB-SB dan informer menyebabkan tarikh pembubaran dibantalkan serta merta. Bahaya jika diteruskan. Walaupun diteruskan tidak akan mengubah apa-apa, tetapi Tok Najib berusaha mencari jalan lain untuk menidakkan Pakatan Rakyat ke Puterajaya.

            Masa terlalu suntuk. Tok Najib tidak ada masa lagi untuk berfikir sendirian. Seperti biasa dia memerlukan bantuan berbagai sudut sebagai pendapat.

                Tetapi masalah besar timbul di sini, SB SB dan informer sudah merasa letih dengan tugasnya. Besar kemungkinan letih kerana kerja semakin bertambah selagi pilihanraya tidak diadakan. Sebab itu sebahagian informer menyalurkan maklumat kepada PR untuk dilakukan provokasi secara "reverse mental" agar Tok Najib membubarkan parlimen dengan lebih cepat. Tetapi masih lagi gagal dan tidak mendapat respon dari To Najib.

           Apa lagi usaha dan anggapan yang ada kenapa belum dilakukan pembubaran? Pihak Pakatan Rakyat dan pengkaji akademik terlalu banyak membuat andaian dan tafsiran bila pilihanraya akan diumumkan. Ada yang mengatakan selepas Haji, ada yang menjangkakan 21hb Feb, ada yang mengatakan terbubar sendiri dan ada juga mengatakan selepas LIMA nanti.  Malah ada yang berani mengatakan Rosmah mansor sahaja yang ada jawapannya.

          PRU.TIGABELAS mentafsirkan minggu depan aje, Mac 2013. Tarikh terawal bagi negeri pembubaran automatik iaitu NS dan beberapa negeri berhampiran tarikhnya. Entahlah PRU.TIGABELAS pun main agak-agak walaupun maklumat ini dari informer orang UMNO terdekat yang PRU.TIGABELAS perolehi semalam.


Sunday 24 February 2013

Ini adalah Manifesto PAKATAN untuk PRU13..



Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan kandungan manifesto bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' yang menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan beban rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dokumen berkenaan dibentangkan bersama oleh tiga pemimpin utama Pakatan - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.

Rafizi dalam pembentangannya berkata, Pakatan berjanji untuk mengenakan cukai pendapatan untuk paras RM4,000 dan bukannya RM2,500 seperti pada masa sekarang.

Sekiranya Pakatan Rakyat memerinta, gabungan parti pembangkang itu juga akan meningkatkan pendapatan isi rumah sehingga RM4,000 bagi mengurangkan kesenjangan ekonomi.

Selain itu, katanya, Pakatan Rakyat berjanji akan menghentikan serta merta operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan jika berjaya menang dan menawan Putrajaya.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji semula fasa-fasa pelaksanaan RAPID di Pengerang.

Pakatan Rakyat akan turut mereformasikan semua undang-undang sedia ada berkait dengan pembalakan dan kawal selia aktiviti pembalakan, katanya.

"Dasar ekonomi Pakatan Rakyat mensyaratkan kesinambungan lestari alam sekitar dan menitik beratkan kemaslahatan rakyat sebelum kelulusan diberikan. "Makanya, secara prinsipnya sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan radiasi yang membahayakan orang ramai atau apa-apa kegiatan yang dikira merosakkan alam sekitar tidak akan diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat baik diperingkat negeri dan persekutuan," manifesto itu dipetik.

Selain itu, Pakatan akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan tentera dari 15 peratus kepada 20 peratus untuk menjamin masa depan perajurit.

Pakatan juga akan menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu dan permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi, tambahnya ~ Malaysiakini

Ihsan - Anak Sungai Derhaka..

Saturday 23 February 2013

Apabila Ketakutan Naik Ke Kepala!!

Oleh : PRU.TIGABELAS.

Betullah kata orang bila kita sudah terlalu takut, apa-apa pun boleh terjadi. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak sedar apa yang kita lakukan melebih batas kemampuan kita.

Semasa UMNO berada di dalam suasana selesa,  semua kerja yang dilakukan waras belaka. Dengan sombong dan bongkaknya mereka melanyak negara ini ikut sesuka hatinya.  Tidak kira apa orang lain kata kerana orang yang berkata itu tidak berkuasa. Rakyat tidak boleh berkata apa-apa sebab waktu itu rakyat kekenyangkan melalui umpan yang ditaburkan.

Betullah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, rakyat pada ketika itu dilayan seperti haiwan. Apabila telah dekat dan kenyang, mereka disembelihnya sehingga tidak boleh berkata apa-apa. Hakikat ini berlarutan sehingga beberapa penggal pilihanraya.  UMNO dan BN akan mengulangi perkara yang serupa setiap pilihanraya atau keperluan mendesak diperlukan.

Kata orang panas tidak sampai ke petang..

Jerat yang dipasang dapat dihidu dengan mudah. Mangsa sudah kenal akan jerat.. Umpan dimakan jirat tidak BINGKAS.

Kali ini pilihanraya datang lagi. Pilihanraya yang teramat getir bagi UMNO dan BN. Bagi PR ia amat penting demi menjaga kesinambungan Malaysia. UMNO terkejut apabila umpan yang ditabur dan diberikan habis dimakan tetapi tidak banyak magsa yang dapat ditangkap. Seekor dua tetapi yang dikandang  banyak terlepas. Dapat 10 ekor, yang terlepas 100 ekor. Itulah ibaratnya UMNO melakukan penipuan kepada rakyat. Rakyat diperlakukan seperti HAIWAN. 

Tetapi mereka manusia yang semakin bijak berfikir. Pilihan semakin melebar. Mungkin dahulu tiada pilihan untuk berfikir. Jikalau tidak memilih UMNO dan BN tidak boleh diharapkan parti lain kerana mereka bergerak secara individu. Tak boleh tidak UMNO juga jadi pilihan dan taruhan. Kali ini peluang begitu besar untuk mengajar UMNO dan BN dari melakukan perkara-perkara mungkar berleluasa. Rasuah, penipuan, pengabaian hak dan sebagainya harus dihentikan.

Persoalan kestabilan negara adalah lebih penting dari kekuatan Meayu. Melayu kuat tetapi negara hancur tidak ada gunanya. Melayu tak hilang di dunia kata Tuk Hang Tuah tetapi segala maruah Melayu telah hilang  oleh kebobrokkan UMNO dan BN. Ini pun juga tidak ada gunanya langsung. Jika sokong telah membawa rebah , apa guna bertongkat kepadanya. Cari dan dapatkan tongkat yang lain. 

Kini tongkat sudah di depan mata, PAS, KEADILAN dan DAP mempu membentuk satu kerjasama  yang jauh lebih baik daripada UMNO atau BARISAN NASIONAL (BN).  Mereka membentuk satu ikatan kerja bersama tanpa penubuhan parti baru yang dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT(PR). Melalui inilah rakyat Malaysia bergantung harapan demi masa depan keluarga mereka dan negara.

KETAKUTAN YANG KETERLALUAN.

Seperti yang dijelaskan di atas, ketakutan UMNO dan BN sudah sampai ke tahapnya. Ini terbukti melalui pergerakkan, pertuturan, kekalutan dan sebagai menjadi-jadi terutama dalam kepimpinan UMNO dan BN. 

Wang negara dipergunakan semaksimum mungkin. Apa sahaja kemungkinan yang ada untuk menarik kepercayaan rakyat kepada UMNO harus dilakukan. Janji rakyat dapat dipengaruhi di masa terdekat ini. TV dan media kerajaan tidak sedikit pun membawa berita untuk PR. Malah hampir setiap masa dan detik media-media prima ini akan melakukan sebarang fitnah yang mungkin untuk menarik minat rakyat.


Pemberian BRIM, BLIM, Pencen dan berbagai lagi aktiviti rasuah semakin rancak sebulan dua ini. Kenapa sekarang dilakukan?. Kenapa tidak  dilakukan sebelum ini?  Malah sebelum ini tidak ada sumbangan-sumbangan atau ihsan-ihsan seperti ini di adakan. Kalau ada pun harus ada sesuatu berlaku ketika itu. Rakyat tertipu setiap 5 tahun sekali.

UMNO terdesak lagi.... ! Fitnah ditaburkan dan dispinkan sebaik mungkin. Tidak kira haram atau halal UMNO tetap melaksanakan kerja-kerja ini sehingga berjaya dan mempengaruhi rakyat agar percaya kembali kepada UMNO.

Tetapi rakyat cerdik dan bijak. Samada MEDIA, bantuan, jolokkan, janji betul atau tipu diterima tetapi tidak disokong. Reverse mental telah diajar oleh PR bagaimana untuk menangkis segala dakyah yang dilakukan UMNO dan Kerajaan BN.

UMNO tidak kira apa juga kemungkinan berlaku asalkan mereka dapat meneruskan pemerintahan terutama diperingkat Parlimen. Undang-undang dan peraturan negara tidak lagi dihiraukan. Polis dan tentera berada di bawah genggamannya. Keadilan tidak diperlukan dalam situasi sekarang. Memandangkan masa terlalu SUNTUK, mereka akan berusaha mencari jalan pintas menumbangkan kepercayaan terhadap PR. Rakyat digula-gulakan, agama dipergunakan seboleh mungkin. Dahulunya PM jarang sekali berhadis dan berfirman, sekarang terpaksa menghafal beberapa kerat ayat berkaitan melalui bantuan ulamak UMNO untuk mengambarkan bertapa hebatnya PM Malaysia terhadap agama.

Untuk menarik pengundi remaja, hiburan luar dengan perbelanjaan besar diadakan. PSY yang dikatakan hebat dipanggil untuk menarik pengundi Cina dan India Remaja diadakan. Beberapa filem yang sukar ditonton rakyat Melayu dan confirm tidak laku dijaja ke sana sini secara percuma tetapi mendapat untung juga penerbitnya.

Rakyat sedang mengamuk..

Apapun dijolok dan disuap, meeka tetap memilih PR. Mereka inginkan perubahan. Setidak-tidaknya hendak merasa janji benar atau tidaknya PR sedangkan janji BN sudah terbukti BOHONG. Keyakinan rakyat untuk berubah semakin kuat dan kukuh apabila SELANGOR, KELANTAN dan KEDAH membuahkan bukti kemampuannya. Mereka ingin mencuba ke peringkat Persekutuan pula. Isu-isu baru dan lama dibangkitkan PR untuk membuka mata yang belum celik lagi. Kes Althatuya, NFC-Lembu Shahrizat Jalil, Deepak dan berbagai lagi yang tidak tersenarai di sini menjadi igauan  Rosmah dan Najib.

Bukan orang UMNO tak tahu! TAHUUUUU sesangat tetapi demi maruah diri dan takut diserang UMNO dan parti maka berdiam diri atau menyokong secara alah kadar amat memadaii. Pangkah tetap PR..

Mendidik Emosi Mengenal Politik Semasa.

Kecerdasan emosi adalah suatu himpunan kemampuan mental yang membantu kita mengenal pasti dan memahami perasaan kita dan perasaan orang lain. Kecerdasan emosi dapat meningkatkan kemampuan kita mengawal perasaan kita (Meyers, 1999). Ada dua bahagian dalam kecerdasan emosi. Bahagian pertama melibatkan emosi pemahaman intelek. Bahagian kedua melibatkan emosi yang menjangkau ke dalam sistem intelektual dan menyebabkan terhasilnya pemikiran dan idea kreatif. Bahagian ini amat sukar ditentukan dalam makmal tetapi dapat dirasai oleh setiap manusia yang berakal.

       Apabila seseorang itu berfikir dan membuat penafsiran, otak digunapakai dengan mengolah segala isikandungan yang ada. Isi kandungan yang ada inilah merupakan ramuan untuk menghasilkan presepsi seseorang dalam menentukan masa hadapan mereka. 

       Sebab itulah apabila seseorang melibatkan perkara yang melibatkan emosi, otak akan bergetar mendapatkan maklumat yang tersimpan untuk mengawal perilaku emosi itu. Emosi marah, sedih, ketawa dan sebagainya perlu dikawal berdasarkan ilmu dan maklumat pengalaman yang ada tersimpan diotak. Begitu juga persepsi seseorang terhadap politik. Rata-rata rakyat semakin meningkatkan emosi apabila persoalan politik diperbincangkan. Di kedai kopi, internet, perbincangan dan sebagainya emosi yang terhasil dan kekuatan emosi ini bergantung kepada jenis dan kawalan yang dimiliki seseorang.
        Ramai yang membicarakan kemampuan kerohanian(spiritual) dan emosi(emosional) amat penting kepada seseorang. Setelah ditimbulkan oleh ilmuwan barat  ramai yang berusaha untuk mengetahui takrifan dan pengertian sebenar berhubung perkara ini khususnya pakar-pakar psikologi sebagai melengkapkan ilmu kajian. Ia semakin kompleks apabila Spiritual (SQ) berhubung dengan emotional spiritual quotient (ESQ). Jika dikaji dengan lebih mendalam, kemampuan emosi dan kerohanian telah lama dipraktikkan oleh masyarakat sebelum ini yang bergelut di bidang kerohanian(spiritual). Ketidak hadiran ESQ dan SQ sukar menterjemahkan pemahaman politik dan psikologi kepimpinan. 
Pemahaman kerohanian oleh Suryani berbeza dengan pemahaman yang ada di dalam buku yang terdapat di pasaran sekarang. Danah Zohar dan Ian Marshall (2000) melalui bukunya "SQ, Spiritual Intellegence The Ultimate Intelligence"[1] menyatakan bahwa kecerdasan kerohanian(Spritual Intellegence) sebagai sebuah puncak kecerdasan dan bahkan lebih sempurna dari Intelegence Quotient (IQ) atau pun Emotional Quontient (EQ). SQ ditafsirkan oleh Marsha Sinetar, melibatkan kemampuan menghidupkan kebenaran yang paling dalam pada diri seseorang.
Islam menitik beratkan kawalan emosi dalam melakukan sebarang aktiviti atau menghadapi sebarang kemungkinan. Samada kemungkinan besar, kecil secara individu atau kelompok pengurusan emosi memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian. 


[1] Danah Zohar, Ian Marshall, Spiritual Intellegence-Ultimate Intelligence.

Friday 22 February 2013

Penerima BR1M haiwan???

 Petikan dan Ihsan : Harakah Daily.

KUALA TERENGGANU: Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata,  Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang  tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?

"Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Analogi haiwan

Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.

Berikut adalah analogi itu:

Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!

Thursday 21 February 2013

Berjuta ahli Umno menyertai pembangkang dalam peti undi — Aspan Alias

February 21, 2013

21 FEB — Sekarang tektik Umno untuk mendapatkan “mileage” politik sangat rendah tarafnya dan memalukan. Akhir-akhir ini satu “trend” lama yang diperbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai Umno. Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. Apabila saya melihat isu ini dilakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa Umno melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu.
Semasa itu setiap malam kita menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam Umno. Parti S46 hanya mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau dikira jumlah ahli S46 keluar parti yang disiarkan oleh TV3 itu melebihi satu juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi masih digunapakai oleh Umno yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara.
Saya masih teringat cerita penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Pada zaman itu pembaca berita selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah menelefon memberitahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai kemasukan 150 orang ahli Parti S46 ke dalam Umno sedangkan sebenarnya hanya 10 orang sahaja yang berbuat demikian. “Semuanya bohong bro!” katanya.
Saya pun menjawab sambil berseloroh, “Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu, kau kenyit-kenyitlah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang kau baca itu berita bohong.” Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah sahaja.
Sesungguhnya inilah cara “desperado” Umno selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli Umno akan keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli Umno telah memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali. Umno tahu ini akan berlaku lagi kali ini.
Itulah sebabnya Dr Mahathir Mohamd meminta setiap pemimpin-pemimpin bahagian seluruh negara berikrar di hadapan beliau yang mereka tidak akan melakukan sabotaj terhadap Umno itu. Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku dan beliau faham dengan sedalam-dalamnya isu ini kerana beliau merupakan pensabotaj Umno yang paling terkenal. Dr Mahathir merupakan pensabotaj Umno yang paling hebat kerana perkara itu dilakukannya dalam pilihanraya yang lalu.
Kalau Dr Mahathir, seorang yang telah diangkat begitu tinggi oleh partinya sanggup mensabotaj Umno itu, apa yang boleh menahan ahli-ahli biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan untuk melakukan sabotaj terhadap Umno itu? Kalau bapa sudah kencing berdiri, apa yang boleh menahan anak-anak tidak kencing dan berak sambil berlari?
Isu ini sebenarnya isu besar. Contohnya di Negri Sembilan sahajalah. Pengerusi Perhubungannya tidak mendapat sokongan dari kebanyakan atau hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian dalam negeri itu. Mohammad Hasan sememangnya tidak boleh menjaga Umno NS itu, tetapi entah kenapa beliau masih berada di sana. Saya tidak tahu apakah jampi serapah yang beliau lakukan kerana beliau masih mengetuai Umno di negeri adat itu.
Tetapi jika diketepikan Mohammad Hasan siapa pula yang hendak mengambil alih tempat beliau? Itu pun merupakan satu persoalan besar juga. Di NS semua pemimpin yang berkebolehan tidak mendapat tempat kerana permainan Ketua Perhubungan yang takut pada bayang-bayang. Isa Samad, semasa menjadi Menteri Besar, hanya mengumpulkan rakan-rakan guru sekolah beliau sahaja untuk menjadi Exco kerana mereka pandai menggeli pundi-pundi beliau (Isa).
Puluhan orang yang berkebolehan diketepikannya kerana takut kepada bayang-bayang. Semua yang berkebolehan mati begitu sahaja. Isa pun seperti Dr Mahathir juga, takut kepada orang yang beliau anggap akan menjatuhkan beliau. Itu sebab di semua peringkat dalam Umno itu tidak ada lagi kepimpinan.
Akhirnya Dr Mahathir sendiri mengakui yang Umno sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi sejak kebelakangan ini beliau masih menyokong parti yang beliau anggap sudah busuk sampai ke situ. Itu sebabnya Dr Mahathir tidak boleh dijadikan ikutan kerana beliau seperti Ibrahim Ali, akan menyelekoh dengan tiba-tiba dalam hal politik ini. Mungkin itulah sebabnya Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali, itu mempunyai “chemistry” yang baik dan secocok serta saling menyandar di antara satu dengan yang lain.
Setelah Isa digantikan oleh Mohammad Hasan, orang ramai ingat akan berlaku peningkatan mentaliti dalam Umno itu kerana semasa Mohammad mula-mula menjadi MB ramai orang Negri Sembilan beranggapan yang beliau itu adalah pemimpin yang turun dari langit ketujuh. Tetapi akhirnya keadaan di negeri itu lebih teruk dari apa yang Umno alami semasa Isa menjadi Menteri Besar dahulu. Lagi rendah kredibiliti wakil rakyat di negeri itu, mereka itu jugalah yang sedang dipertahankan oleh Mohammad. Kerana apa? Kerana  rasa rendah diri beliau dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
Sekarang ini tinggallah pemimpin-peimpin yang pucat-pucat, seperti orang yang bercacing “kerawit”, untuk memimpin negeri itu. Itu sebabnya orang Melayu di Negri Sembilan lebih mengenali Taufek, ADUN tunggal PAS, di sana dan ramai orang-orang Melayu Umno akan berpindah randah di dalam peti undi nanti.
Lama juga saya berada dalam parti itu dahulu dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin saya tidak tahu apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpinnya tetapi saya dapat merasakan yang ahli-ahli biasa dalam Umno itu sudah lumpuh semangat nya dan tidak berdaya untuk mempertahankan arus perubahan di kalangan rakyat yang ramai. Siapa yang hendak menidakkan pandangan saya ini, mereka boleh berbuat sekendak hati mereka. Tetapi hakikatnya Umno sudah lumpuh kerana pimpinan Umno telah membunuh benih-benih kepimpinan sebegitu lama bukan sahaja di NS tetapi di seluruh negara.
Sekarang Umno hanya tinggal dari kalangan yang “buta mata hati” tentang politik dan siasah. Tetapi oleh kerana semuanya dalam kategori yang sama mereka menganggap mereka yang menentang seperti saya ini sebagai pengkhianat kepada negara.
Sesungguhnya pengkhianat itu akan menganggap semua yang lain itu pengkhianat seperti mereka juga. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Sampailah masanya Umno itu duduk di petak pembangkang untuk mendapatkan masa bagi melakukan perubahan dalamannya.
Kalau orang besar-besar macam Dr Mahathir boleh beralih-alih perjuangannya kenapa pula orang biasa seperti kita ini takut untuk melakukan seperti apa yang beliau telah lakukan itu?
Dalam pilihanraya dulu beliau minta rakyat memilih calon, tetapi sekarang beliau meminta orang memilih parti pula. Dia ingat orang ramai ini siapa? Beliau mesti ingat pengundi-pengundi sekarang terdiri dari manusia yang berfikir, bukannnya haiwan belaan yang boleh dicucuk hidungnya. — aspanaliasnet.blogspot.com
Mana-mana parti tidak tahu apa yang dipangkah oleh pengundi tetapi tahu pengundi orang apa-Gambar Hiasan.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan PRU.TIGABELAS.

UMNO Suka Guna Cara Traditional Dalam Berkempen.

Oleh : PRU.TIGABELAS.
PRU.TIGABELAS sudah beberapa kali mengundi dan setiap kali nak memangkah PRU.TIGABELAS akan pangkah parti PRU.TIGABELASlah. Dari awal tak pernah pangkah yang lain.

PRU.TIGABELAS orang Islam.

Bercakap pasal Islam UMNO pun Islam, kenapa tak pangkah aje orang-orang Islam Melayu tu?
PRU.TIGABELAS pilih yang terbaik Islamnya. Islam tu ramai, bertakwa tu belum dapt cari, carilah yang terdekat dengan takwa. Adil dan berperikemanusiaa. Orang Islam belum tentu beriman, adil dan bebas dari dosa. Hanya Islam dan Beriman dijamin adilnya. 

Islam pun saran cari yang adil. Tidak menyeleweng.

PRU.TIGABELAS pun dah dua tiga kali ditukar pindah tempat mengundi. Dulu di Paroi tetapi sekarang PRU.TIGABELAS dibuang negeri ke Jeram Padang, tempat apa tu?? PRU.TIGABELAS terkejut juga awalnya. PRU.TIGABELAS bersykur juga dicampakkan ke tempat itu Jeram Padang kerana dapat juga membantu pengundi disana yang rata-rata kuat parti sebelah sana. Dah dua kali ngundi rasanya.

PRU.TIGABELAS tak tak tau siapa yang pindahkan. Isi borang jumpa SPRM pun tak pernah!

Adalah tangan gatal tu. PRU.TIGABELAS tak ubah tempat sebab nak bantu orang sana. Silap depa bawa padah...

Tiba berkempen sekarang ini amat berbeza sebelum ini. Dengan adanya Internet dan media baru, macam-macam cara ada.

Dulu parti upah orang untuk melaksana kempen. Sewa banyak alat siaraya atau mencetak banyak poster memperkenalkan parti dan calon.
Tetapi sekarang tidak. Belum umum dah tersebar.

UMNO guna juga untuk sebar tetapi cara traditional digunapakai juga.

Daripada bercakap sampailah mencetak mencetak. Surah Yassin, Papan Tanda, Kopi, Kicap, terbaru Kopi Kuat berbentuk paket. PRU.TIGABELAS terkejut beruk bila order kopi paket, tokey kedai dah tukar nama kepada kopi 1Malaysia. Hai.. ada juga.....kata PRU.TIGABELAS kepada tokey kopi tu.. Kreatif juga puak-puak ni, bisik hati kecil.

Tetapi menjadi bahan ketawa orang aje. Bukan orang marah tetapi rasa sangsi dengan kopi yang nak diminum, halal ke atau kopi sebenar ke!! Setahu PRU.TIGABELAS puak BN ni selalu buat hal, bukan kata menipu tetapi sering tersilap barang.

PRU.TIGABELAS minum ajelah. Time nak bayar tokey kata percuma..

Tanjat Boboi..

Siapa bayar....
Tokey kata ini barang percuma dan siap dibayar..
Mak datok, senang berniaga.. kalau macam ini sehari 20 papan kopi pun boleh habis...

Teringat Kampung PRU.TIGABELAS yang sering dikunjung orang-orang kuat ketua kampung.
Mak Cik tulah yang sering jadi mangsa dikunjungi putera puteri dari Gunung Ledang. Berkempen gamaknya. Bukan berkempen sahaja, siap bawa beras dan gula lagi.

Mak Cik tu kata terima kasih kerana bawa buah tangan. Putera siap bawakan sampai ke dapur. Ada yang bantu basuh pinggan sekali tetapi dipesan undi ini (Gambar Dacing)..
"Yolah.. Acik undi yang lamo ajo.."
"Yang lamo apo Mak Cik?"
"Nihaaaa... " terpampang bulan bulat dikelilingi warna hijau di dinding..

Beras dan gula dah masuk dapur. Nak tarik balik tak boleh, Buruk Siku kata Kaooo!

Akhrnya Mak Cik tu kena ceramah sampai ke sudah. Tapi daya tahan Mak Cik tu hebat , dia hanya angguk aje sampai terpaksa Putera Puteri balik sendirinya..

Cara lama lain yang UMNO suka guna pakai ialah bergaduh.

Dia ingat ini zaman Kiyai Salleh dan Selempang Merah lagi.

Kiyai Salleh kalau hidup pun, dia guna internet dan berdoa pada Allah mohon keberkatan...

Dulu bolehlah sebab undang-undang tak berapa kuat. Polis pun tak banyak lagi.
Sekarang tak payah polis, rakyat dah pandai nak buat apa. Berdemo atau saman.

Cerita saman menyaman, UTUSAN jadi mangsa..
kalau tak kerana UMNO Utusan dah lama tutup..

Dulu akhbar inilah jadi medium penyampai. Banyak jasanya. Dulu dia baik, sejak di Singapura lagi.

Bila dah lama berkawan dan berkawin dengan orang UMNO, sesat barat jadinya Utusan ni.. UTUSAN MELAYU dan jadi UTUSAN MELOYER. Itu gelarannya sekarang.

PRU.TIGABELAS tak pasti kalau tidak ada Utusan Melayu! Lidah mana nak pakai untuk menjilat.. Sekarang ini pun dah nak tumbang, hidup segan mati tak mau. Tetapi jualan hebat ...

Siapa beliiii.....

PRU.TIGABELAS sayangkan Utusan tetapi sejak mengaruk banyak akhir-akhir ni, malas nak baca. Cuma baca kes rompak dan rogol aje.. Keputusan Ekor ramai juga orang tengok.. menang dapat duit .. yang ini memang benar tak tipu. Yang berita lain semuanya AUTA..

PRU.TIGABELAS auta juga kadang-kadang!!!!.

Rasanya dah sampai masanya semua parti berubah cara mendekati dan menarik minat rakyat kepada parti. Sedangkan untuk menarik minat ke arah Islam pun banyak berubah dan terupdate. Apa lagi Parti.

Yang lama bukan dibuang terus, cuma update dengan lebih menarik. Otak orang dah semakin serabut, banyak kerja. Oleh itu ambik yang ringkas dan mudah difahami.

Sebab itu PR mudah didekati dan difahami... Menarik kampennya...
Gambar Hiasan - Remaja adalah target utama Pilihanraya ke 13 ini. Siapa yang mampu tawan hati mereka?





Monday 18 February 2013

Koleksi Perangai UMNO dan BN Menjelang Setiap Pilihanraya

Keterdesakkan UMNOBN, sehinggakan makanan harian pun menjadi mangsa kampen.


Bekas TPM pun takut dengan perangai orang kuat UMNO.

Feel MB UMNO memang kuat melakukan janji tipu.

Kalau tak ada kerja membuta. Berfikir untuk rakyat jauh sekali.


Suka menyapu duit rakyat dan berpoya-poya sakan.



Umno Dan Melayu.

SIAPA YANG UNTUNG
Ini artikel yang di tujukan khas kepada majoriti orang Melayu supaya kekal tidak menyokong parti fasis yang bernama UMNO. Ya- pembaca dengar tidak bersalahan- saya menggelarkan UMNO parti fasis yang menghamba-abdikan orang Melayu dan memperbudakkan dan membodohkan bangsa Melayu. Setelah 50 tahun ketika UMNO lemah, barulah pemimpin UMNO berkejaran memberi RM 500 seorang.
Berapa ribu orang terpaksa beratur mendapatkan RM500 untuk menyamai harga cincin RM 74 juta? Berapa yang kena beratur mendapatkan RM 500 menyamai handbag Birkin Hermes?
Amat menakjubkan orang Melayu sanggup menerima RM 500 tapi melupakan kezaliman dan penganiayaan kerajaan UMNO keatas orang Melayu khususnya. Boleh kah kita ganti RM 500 seorang dengan penafian hak rakyat Kelantan yang majority nya orang Melayu mendapatkan royalty minyak? Minyak di jumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan di nafikan peluang membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkhla Thailand dari Tok Bali. Jadi rakyat Kelantan , ambil RM 500 tersebut tapi jangan lupa kezaliman dan penganiayaan keatas kamu oleh UMNO dan BN.

Kenapa orang Melayu mahu lagi mendengar suara cemas seorang mamak padukang yang telah pun menyatakan UMNO busuk sampai ke usus? Mamak ini juga yang mengatakan bahawa pimpinan UMNO semua half past six dan pimpinan yang ada tongong dan bingung. Bolehkah negara kita di bangunkan oleh pimpinan yang tongong lagi bingung? Mana mungkin kita mahu percaya celoteh si mamak padukang ini? bolehkah kita percaya warga emas dan makcik serta pakcik yang menyertai gerakan Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan bukan secara demokratik?
 

      Kita hanya mahu menggulingkan kerajaan secara demokratik iaitu melalui peti undi. Dan rakyat semua berazam, mahu kick out the fascists UMNO and its BN component parties. 


       Bila kita ambil RM 500, kita jangan lupa jumlah RM 1.3 trillion duit panas yang telah di salurkan ke luar negara. Apa pasal kerajaan UMNO/BN berdiam diri dalam hal ini? adakah mereka bersekongkol dengan pihak yang menyeludup wang tersebut? ia haram kalau balun seorang, tapi halal kalau di kongsi bersama?

      Ini bererti RM 130 billion setahun di seludup keluar negara. Bayangkan jika RM 130 billion di kembalikan kedalam ekonomi kita, di tambah kepada bajet negara sebanyak RM 250 billion itu, tentu kita dapat mengagihkan kepada perbelanjaan mengurus dan pembangunan. 

     Bila kita terima RM 500 itu jangan lupa kepada ketirisan dan kebocoran yang di lakukan keatas ekonomi kita sebanyak RM 28 billion setahun. Kita semua tahu ketirisan itu sebetulnya rasuah. Ini kerajaan yang berdiri diatas rasuah. Dan Najib meneruskan program merasuah rakyat Malaysia. Orang Cina, India dan terbaru, orang Sikh di rasuah supaya menyokong UMNO dan BN. saya mahu golongan ini berfikir- jika UMNO dan BN boleh lakukan, sesiapa sahaja yang menguasai kerajaan mampu melakukan nya dengan lebih baik dari UMNO. Nobody can do any worse that how UMNO is doing currently.dan membayar untuk menyelesaikan masaalah adalah vintage Najib. 


         Tapi syukur 3.7 juta pengundi Melayu sedar mengenai onar yang di lakukan oleh UMNO. Sejak 1988, UMNO telah gagalkan orang Melayu. Since 1988, UMNO has failed the Malays. Apa jenis orang Melayu yang UMNO telah lahirkan? Yang tertunduk tunduk, macam peon dan tamby menadah tangan memintak sedekah? 

         UMNO telah memegang tampuk pemerintahan lebih dari 50 tahun. Cina sengkek yang datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang hari ini mendominasi ekonomi dan , suka tidak suka, mempengaruhi arah perjalanan negara. UMNO yang mendominasi kuasa politik tidak mampu membetulkan keadaan ini. namun, pemimpin UMNO tidak malu muka memohon di berikan mandat satu tempoh lagi untuk meneruskan agenda penipuan dan penglanunan mereka.
        Kali ini sahaja UMNO mengubah taktik nya. Mohon di bantu dengan pengucapan lemah lembut. Najib pun sudah meminta maaf. Jika UMNO kuat, bahasa mereka bahasa sombong. Kali ini sahaja setelah 50 tahun UMNO memberi bantuan RM 500 dan 200 dan apa apa lagi imbuhan kewangan. Sebab apa? Sebab UMNO terdesak- jadi mereka bercakap lembut gigi dari lidah dan merasuah semua orang untuk mengekalkan kuasa. 


 Setiap hari , kita bangun dan beritahu anak anak kita, mereka tidak mampu bersaing dengan bangsa lain, kerana di lahirkan sebagai Melayu. Apa penyelesaian yang di cadaangkan oleh UMNO? 

        Cara untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah mendaulatkan UMNO sebagai penolong dan pelindung. Dalam kata lain, beri UMNO mandate mutlak. Kuasa mutlak erti nya, fasis. Apa yang boleh di tunjukkan oleh UMNO kepada orang Melayu? Hari ini UMNO hanya mampu menyatakan bahawa kalau UMNO tidak ada, maka habis lah orang Melayu. Itu adalah bukti bahawa UMNO gagal membentuk Melayu yang tahan lasak. Jika dasar UMNO baik dan bagus, tentulah jika UMNO tiada pun, orang Melayu masih terus berjaya. UMNO menanamkan jiwa hamba kedalam benak orang Melayu supaya mengaitkan jatuh bangun, maju dan jaya nya mereka dengan UMNO. Ustaz UMNO pun ke sana sini melafazkan- taat lah kepada Allah, kepada Rasul dan wa-ulil-amri-UMNO.Realiti, orang Melayu tidak perlu bergantung kepada UMNO untuk pertolongan dan perlindungan. 


          Saya malu mendengar pegawai kerajaan yang kiranya ada otak sedikit, berdiri depan perserta seminar mengalirkan air mata mengistiharkan habis lah orang Melayu jika UMNO kecundang. Orang tempat saya, Pekan Pahang akan hanya berkata- kepala bapok awak. Yang habis dan mampus ialah orang Melayu seperti kamu yang mengeksploitasi emosi dan amanah orang melayu. Adakah kamu ingat, orang Melayu lain yang mengambil alih tepat dan kedudukan kamu tidak mampu membela orang Melayu? Kita boleh lakukan yang lebih baik. 

         Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir ekonomi dan negeri lebih baik dari yang mampu di lakukan oleh pemimpin kerajaan UMNO. Masa depan orang Melayu lebih cerah di luar lingkungan UMNO. Kerana itu, pegawai yang korap dan yang tidak membuat kerja ikhlas dan jujur akan menangisi nasib mereka sebab kebenaran akan mengatasi kebatilan akhirnya. 



        Dimana UMNO berdiri? UMNO berdiri di pihak bathil. Rakyat mesti menolak mereka. Terutama orang Melayu.

Dipetik dari Sakmongkol AK47
Sumber :  http://www.tranungkite.net

Saturday 16 February 2013

Kenapa Ahli UMNO (Orang Melayu) tidak menyokong UMNO lagi?

Bacaan mana-mana statistik yang bebas menyatakan peratusan orang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat semakin meningkat. Bacaan terakhir masih berada antara 35% - 55% berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini. Semua kita ketahui selain bangsa Melayu, bangsa Cina dan Bangsa India melingkungi sokongan sehingga kepada 80% - 90% dan sehingga sekarang bacaan ini masih belum bergerak.

Terlalu banyak sebab dan musabab kenapa sebahagian ahli-ahli/penyokong UMNO  sukar untuk menerima perubahan terutama bangsa Melayu yang berada di luar bandar. Statistik di atas mencangkupi seluruh bangsa Melayu berbagai peringkat dan 60% daripada sokongan terhadap Pakatan Rakyat adalah orang-orang Melayu yang berada di bandar dan bermaklumat. 40% adalah terdiri dari golongan luar bandar dan terdiri daripada generasi tua (pertama dan kedua) tetapi memiliki capaian maklumat mudah atau terdiri daripada keluarga yang mudah bermaklumat.

Tun Dr. Mahathir
UMNO adalah parti orang Melayu. Tidak ada parti yangmempunyai ahli 100% Melayu tetapi tidak semestinya beragama Islam. Janji ia ber"Bin" atau "Binti". Warna kulit dan rupa paras tidak begitu penting bagi UMNO. Apakah ukuran Melayu kepada UMNO sebagaigai ahli masih lagi kabur. Ditubuhkan seawal 40 an demi memartabatkan bangsa Melayu, Raja Melayu dan Agama. Oleh itu parti ini secara otomatik medemonasi bangsa Melayu di negara ini.

Akhir-akhir ini kepercayaan bangsa Melayu terhadap partinya semakin menurun terutama orang-orang Melayu generasi ke dua dan ketiga. Mereka beranggapan UMNO bukan lagi parti yang boleh menyelamatkan bangsa dan negara seperti dahulu. Sebaliknya telah banyak merosakkan negara dan bangsa Malaysia Khasnya. Perubahan kepercayaan disebabkan tabiat UMNO dan pemimpinnya yang banyak membelakangi keperluan rakyat terutama bangsa Melayu. Sebenarnya orang-orang Melayu telah lama perasan akan perbuatan UMNO yang lari daripada matalamatnya tetapi mereka sering ketakutan dan ditakutkan serta dibuai oleh janji-janji kosong setiap pilihanraya.

 Banyak faktor kenapa sokongan orang Melayu dan rakyat Malaysia menurun sejak akhir-akhir ini. Mengikut teori politik dunia, sesuatu parti pemerintah rata-rata mampu bertahan sekitar 40 sehingga 50 tahun. Usia perubahan ini bergantung kepada kekuatan dan gaya pentadbiran yang dilaksanakan. Pentadbiran yang tidak mengandungi rasuah dan menjaga kebajikan rakyat mungkin akan bertahan lama sepertimana yang diamalkan semasa pemerintahan Khulafak Ar-Rashidin dan pengantinya selepas itu.

Pada peringkat awal penubuhan UMNO dan Parti Perikatan, mereka menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan baik dan unsur-unsur penyelewengan seperti rasuah, buruk akhlak dan sebagainya jarang ditemui. Undang-undang benar-benar diamalkan malah campurtangan pihak ketiga tidak berlaku. UMNO mula menunjukkan kepincangannya apabila tampok pimpinan diambil oleh Tun Dr. Mahathir. Di zaman Tun Mahathirlah UMNO dikucar kacirkan terutama penglibatan rasuah di dalam politik, jabatan-jabatan kerajaan semakin menjadi-jadi. Malah berlaku secara terbuka tanpa sebarang tindakan. Di bawah Tun Mahathirlah kepincangan sistem perundangan dan kehakiman menjadi rosak. Tun Mahathir mengajar ahlinya meneruskan tabiat amalan rasuah dan amalan memecahbelahkan kaum. Mungkin Dr. Mahathir beranggapan rakyat Malaysia terutama Melayu tidak sensitif terhadap perkembangan politik. Beliau beranggapan MELAYU MUDAH LUPA. Dari 1980 an sehingga 1994 sebahagian orang-orang Melayu dan rakyat negara ini semakin mewah dan kadar pembahagian kekayaan negara semakin tidak seimbang. Pembangunan dilaksanakan disamping mengamalkan rasuah. UMNO tidak memperdulikan perkembangan parti-parti lain terutama PAS dan DAP sehingga tanpa disedari kedua-dua parti ini telah meresapi setiap pemikiran rakyat negara ini. UMNO leka dengan kekayaan sehingga berlaku perbalahan di dalam UMNO sendiri berlarutan hingga sekarang.
UMNO masih berbalah sehingga kini.

PAS dan DAP berjalan secara persendirian tanpa sebarang sekatan hebat dari kerajaan atau UMNO ketika itu. PAS dan DAP bukan ancaman UMNO tetapi S46 dan sebahagian ahli UMNO yang belot musuh utama kepada negara ketika itu. Anggapan ini membuatkan parti-parti lain berkembang menyebarkan fahaman dan pengaruh mereka dengan mudah.

Rakyat semakin terdidik dengan pembangunan negara yang pesat. Internet, pembukaan banyak universiti dan IPT-IPTS, pembangunan kominikasi dan sebagainya memudahkan lagi dakyah parti pembangkang tersebar dan mudah difahami. Media-media bebas ini dipergunakan sepenuhnya sehingga setiap aktiviti kerajaan yang korup dan salah tadbir tersebar dengan pantas. Rakyat mula memahami perangai UMNO dan kerajaan. Kemiskinan dan tekanan yang dihadapi rakyat memudahkan penerimaan dakyah asing yang terbuka bebas (teori minda).

Putrajaya menjadi rebutan pada PRU13.
Generasi ketiga telah terdidik. Generasi Y menjadi pemangkin kepada perubahan politik tanah air. UMNO tidak mampu menyekat perubahan ini dan ia pasti berubah dari tahun ke tahun. Ramai diantara ahli-ahli UMNO dan BN tidak mempercayai parti keramat ini kerana mereka beranggapkan UMNO dan BN tidak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan rakyat. Ramai diantara rakyat Malaysia dan UMNO malu mengaku diri mereka UMNO. Penyakit ini semakin menjadi-jadi semenjak 5 tahun kebelakangan ini.

Perubahan pemikiran ini semakin menular kepada kanak-kanak yang rata-ratanya apa itu UMNO, PAS dan DAP. Mereka tidak memiliki anggapan PAS atau DAP satu ancaman. Mereka mengenali PAS dan DAP hanya sebuah parti politik yang berkemampuan memerintah seperti UMNO juga. Oleh itu kerisauan orang Melayu dan rakyat Malaysia terhadap siapa memerintah tidak lagi menjadi isu. UMNO sukar memperbaiki parti sendiri dan mengawal keinginan rakyat.

Membaik pulih UMNO memerlukan masa yang panjang. Bukan setahun dua tetapi berpuluh tahun. Ini bergantung kepada seikhlas bagaimana  ahli UMNO mahu berjuang.!! PRU13 mungkin mustahil untuk diubah kecuali berlaku keajaiban. PR hanya menunggu masa untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara. Sejauhmana kehebatan PR perlu diberi peluang untuk sepenggal. Jika gagal BN akan kembali mengambil alih. Rasanya jika sudah terlepas, sukar mendapatkan kembali, seperti Kelantan dan Pulau Pinang.

Tidak ada parti bangun semula apabila ia mula meruntuh...  


Tuesday 12 February 2013

Buku Black Rose Mendapat Sambutan?

KUALA TERENGGANU: Kerana tidak cukup bekalan, buku Black Rose yang menceritakan pendedahan yang dibuat oleh saudagar permaidani, Deepak Jaikishan kini terpaksa difotostat  di sini.

(Buku Black Rose versi fotostat yang dijumpai di Kuala Terengganu)

Ini kerana, minat yang sangat tinggi di kalangan pembacanya di negeri ini untuk mendapatkan buku itu.

Buku yang memaparkan kisah Deepak yang memecahkan cerita di belakang tabir Akuan Bersumpah Kedua (SD) P Balasubaramaniam itu kini menjadi buku yang paling sensasi.

Seorang bekas pegawai kanan kerajaan telah membeli buku itu dan menghadiahkannya kepada seorang Pengerusi JKKK di tempatnya tinggal.

"Saya letak dalam sampul dan memberikanya secara senyap-senyap kepada beliau agar dia tahu apa cerita sebenarnya," kata beliau.

Seorang bekas kerani yang kini berumur hampir 60 tahun telah membaca buku itu sehingga habis sampai terlupa untuk memasak hari itu.

Semua ini kisah benar yang bukan rekaan untuk melariskan buku ini.

Menurut penerbitnya di Kota Bharu, ia akan dicetak semula untuk memenuhi permintaan dari pembaca.

Monday 11 February 2013

Nak Bubar Ke Tidak...!!!

PRU.TIGABELAS entah berapa kali terkejut-kejut menunggu tarikh pilihanraya. Dari hari ke hari, minggu ke bulan dan sekarang dah bertahun. Dato Seri Najib masih membisu seribu bahasa dan katanya Datin Rosmah pun tak tahu bilapembubaran oleh Najib. Walaupun makan sepinggan bab tarikh pilihanraya adalah rahsia DS Najib sahaja yang tahu.

Masalah Politi DS Najib mungkin berakhir beberapa bulan sahaja lagi.
PRU.TIGABELAS langsung tak tahu menahu tetapi agak mengagak boleh. PRU.TIGABELAS dah lam buat kerja agak mengagak ni. Sejak zaman awal perlantikan DS Najib lagi. Tetapi tak pernah jangkaan PRU.TIGABELAS tepat. Tetapi lama kelamaan PRU.TIGABELAS macam dah bertambah matang dan pandai plak mengagak sesuatu yang dikejutkan DS Najib. Selangkah dia pergi dan bercakap sepuluh langkah dan agakkan PRU.TIGABELAS tepat. Apa tidaknya, PRU.TIGABELAS kerap ikut  kumpulan mereka dan buat spekulasi liar serta melakukan sedikit agakkan Psikologi pada puak UMNO ni. Senang aje rupanya.Kematangan PRU.TIGABELAS terserlah apabila beberapa kajian dilakukan ke atas politik tanahair akhir-akhir ini.

DS Najib gagal dalam melakukan pengurusan manusia terutama di dalam parti UMNO. Dia tidak sebijak Tun Mahathir atau Tun Abdullah. Mungkin DS Najib telah kehilangan kepimpinan atau dia tidak mempunyai kepimpinan langsung. Menjadi PM adalah warisan bapanya atau warisan daripada parti UMNO. UMNO biasanya mencari penganti berdasarkan keturunan bukan kebolehan..

Muhyiddin akan kempunan jika tidak bertindak awal sebagai PM. Mungkin ini kali terakhir.


Masa yang terlalu suntuk  untuk memperbetulkan parti amat mustahil. UMNO seperti condong menunggu tumbang ke bumi. Kebolehan seseorang bergantung kepada keupayaan kepimpinananya. DS Najib tidak ada. Orang bawahan tidak mampu menegur dan tidak mampu memberi pandangan terus. Takut kepada DS Rosmah agaknya. Kebolehan Muhyidin menumbangkan Tun Abdullah tidak dapat diterjemahkan kepada DS Najib. Seperti ada sesuatu yang menghalang walaupun mendapat sokongan Tun Mahathir dan sebahagian orang UMNO terutama JOHOR. Tetapi sudah terlambat.

Jika Muhyiddin cuba mengambil tampuk pimpinan sekarang, itu maknanya meletakkan tengkuk ke mulut buaya. Keadaan sekarang Muhyiddin jangan cuba mendukung biawak hidup. UMNO telah dirosakkan Najib dan akan rosak. Jika peluang ini masih ada 3 ke 4 bulan lagi bolehlah Muhyiddin merepair sana sini agar UMNO dapat di elokkan sedikit atau menang secara angkat tangan tetapi masa sekarang akan mengakibatkan UMNO bertambah teruk dan hancur.
Kelalaian UMNO membawa padah.

Lihat sahaja apa telah terjadi dan dilakukan oleh DS Najib di Pulau Pinang semasa sambutan Kong Hi Fat Choi, beribu rakyat datang tetapi tak semua sokong BN malah memalukan lagi DS Najib dan BN apabila sokongan terhadap BN di sambut dengan perkataan "NOOOOOOO.." semasa ucapan DS Najib. Ini amat memalukan. Beberapa insiden yang berlaku sepanjang satu dua bulan ini banyak memihak kepada PR berbanding UMNO. Provokasi yang dijaja UMNO terlalu dangkal dan murah. Malah rakyat tidak ambil kisah sangat kerana sudah terbiasa. Akhirnya UMNO memainkan sentimen perkauman.

Sentimen perkauman adalah senjata akhir sekali dalam pilihantaya kali ini atau mana-mana pilihanraya sebelum ini. Memandangkan pilihanraya sebelum ini pihak pembangkang tidak sekuat mana maka senjata ini tidak digunapakai dulu. Tetapi kali ini UMNO dan BN amat terdesak dan masa terlalu suntuk. Perkauman dipergunakan terutama memProvokasi DAP dan PAS dengan senjata ISLAM dan Kalimah Allah s.a.w. Sungguh jahil UMNO.!!!!!.

Maka pihak pembangkang merasa sesuatu ada yang tidak kena. Suara gatal dan suara miang dari beberapa ahli UMNO dan penyokong BN terkeluar sesekali diakhbar dan media internet. Mereka menerima arahan dari pihak atasan , mungkin kot!!!????? Tekaan PRU.TIGABELAS biasanya benar..

Pihak pembangkang (PR) harus berhati-hati terhadap provokasi UMNO kerana kali ini mereka akan menggunakan kerisnya yang terselit di bendera UMNO untuk mengamok...

Tun Mahathir terlalu banyak membawa masalah pada UMNO dewasa ini.
DS Najib bertambah pening NAK BUBAR ATAU IDAK. Masa hanya beberapa minggu dan bulan sahaja. Daripada terbubar sendiri baiklah dibubarkan masa dekat-dekat ini. PRU.TIGABELAS ada tersembang dan terdengardaripada orang sebelah sana, bahawa Palimen akan dibubar pada 22 Feb 2013. Entahlah.. dengar boleh percaya jangan tetapi caya atau tidak masa inilah masa terakhir untuk dibubarkan. Mungkin ada betulnya.. Itu kata orang UMNO. kalau orang PR yang cakap tobat lahom aku tak caya sangat... Dalam bab ini UMNO sahaja yang ariffff...