Thursday 7 February 2013

Apakah benar-benar Pakatan Rakyat Akan Ke Puterajaya?

Keyakinan Pakatan Rakyat untuk menakluk Putrajaya amat meresahkan pihak UMNO-BN terutama kepada mereka yang berkeyakinan kehilangan kuasa. Keyakinan ini tidak pernah terkeluar dari mulut pembangkang sebelum ini kerana mereka sedar kekuatan BN dalam setiap Piliharaya Umum di adakan. Paling kuat 10 atau 20 kerusi parlimen dapat diselitkan memenuhi quota pembangkang di Dewan Parliment. Pendek kata BN akan mendabek dada setiap Pilihanraya di adakan setiap 4 ke 5 tahun sekali. 

PAS dan DAP yang sering bertelagah dan bermusuhan antara satu dengan yang lain sehingga pertelingkahan mereka tidak mendapat perhatian dari MNO atau pihak Kerajaan. UMNO menganggap DAP hanya sekadar parti serpihan yang tidak akan menganggu pentadbiran yang dibolot oleh BN. PAS hanya sekadar parti yang memekik dan terlolong ke sana dan sini mempersoalkan soal-soal alidah dan agama Islam yang tidak diambil perhatian serius oleh pihak UMNO yang memegang tampuk kepmpinan agama. DAP dan PAS berusaha menjaja Ideologi mereka kepada rakyat Malaysia demi mempengaruhi fikiran tanpa jemu. 

UMNO semakin menggila pentadbirannya apabila Tun Dr. Mahathir memimpin tanpuk pentadbiran negara. Awal 1980 an, UMNO semakin gagah dan semakin mendapat kepercayaan dari segenap masyarakat, samada Melayu, Cina , India sehingga kaum-kaum di sabah dan Sarawak. Kemasukkan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menghangatkan lagi suasana Demografi politik tanahair sehingga Parti-parti lain terutama pembangkang hanya melukut ditepi gantang. PAS semakin hilang kuasa dan keyakinan disebab penangan kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Kepintaran Tun Dr. Mahathir menaikkan nama UMNO menjadikan beliau salah seorang terhebat memimpin negara ini.

Adakah Keputusan PRU13 akan memihak kepada PR seperti Kajian Akademik ini?-Sumber Kajian.
Tetapi kuasa Allah lebih mengatasi segal galanya. Krisis DSAI dan Tun Dr. Mahathir pada 1998 menyebabkan ahli-ahli  UMNO berpecah, bekeliaran dan mengwujudkan "Reformasi" baru serta bermulalah UMNO dilanda masalah. Mahathir gagal memerangkap DSAI dan gagal menundukkannya seperti yang telah terjadi kepada beberapa pemimpin UMNO lain. DSAI dipenjara, difitnah dan dikawal segala aktiviti pergerakkanya semasa TDM menjawat sebagai PM. Tetapi gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat dikawal dengan mudah. Semakin hari perubahansemakin ketara. UMNO semakin kurang mendapat sambutan dan ramai diantara ahli-ahlunya telah meninggalkan UMNO-BN menyertai DSAI di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). DSAI membuka episod baru dalam politik Malaysia dan DSAI telah melakar satu kebangkitan yang berani rakyat yang selama ini terpendam sahaja.

Kebangkitan ini membuka satu ruang baru penubuhan beberapa parti dan teromnbaknya beberapa parti lama menjadi satu. Dasar beberapa parti dikaji semula. PAS telah banyak membuat perubahan dan paradigma baru apa bila sokongan rakyat mendapat pengiktirafan. PAS mendapat mandat rakyat untuk menjadi parti alternatif mengantikan UMNO dalam memperjuangkan keperluan rakyat. Sokongan daripada kaum bukan Islam dan rakyat negara ini terhadap PAS semakin meningkat. Oleh itu PAS telah membuat banyak perubahan dalam dasar parti serta membenarkan keahlian daripada orang bukan Islam sebagai ahli tidak bersekutu.

Begitu juga DAP mula menampakkan perubahan ketara apabila kepercayaan orang-orang Cina terhadap parti ini dilebarkan lagi kepada bangsa lain seperti Melayu dan India. Perubahan corak kepimpinan dan aliran pemikiran dikaji semula agar selari dengan keperluan negara dan rakyat ketika itu. Teretubuhnya PKR yang diterajui DSAI melengkapkan lagi kelemahan UMNO kerana sebahagian orang-orang UMNO harus memerlukan tempat berteduh setelah "hujan lebat melanda UMNO".

Kekuatan DSAI tidak menguatkan lagi UMNO malah Melayu semakin berpecah-pecah mencari tempat untuk berteduh. Sebahagiannya terus menyertai PAS dan ramai diantara bekas ahli UMNO menyertai PKR bersama berjuang menentang TDM/UMNO. Gelombang sokongan terhadap UMNO semakin kuat turun naiknya dan pada pilihanraya 1994 -1998 UMNO telah mula banyak kehilangan kerusi di Parlimen dan DUN malah beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang. Fenomena ini semakin menggila apabila rakyat bangkit dan mendapat kesedaran daripada DSAI apabila ia dibebaskan dari penjara sehingga pilihanraya ke 12 menyaksikan beberapa negeri penting jatuh ke tangan pembangkang terutama Selangor dan Pulau Pinang. Malah Majoriti 2/3 di Parliment juga telah dirobek oleh pembangkang daripada BN.

Rakyat terus bangkit dan terus bangkit. DSAI memenangi piliharaya Parlimen dan menjadi ketua Pembangkang di Parlimen. DSAI telah memainkan beberapa gelombang politik terhadap rakyat dan membawa perubahan menubuhkan pakatan baru dalam ketiga-tiga parti pembangkang PAS, DAP dan PKR dalam wadah baru iaitu Pakatan Rakyat (PR). Bermula di sinilah UMNO semakin gusar dan indeks kepercayaan rakat terhadap parti keramat ini menjunam dengan mendadak sekali.

Apabila Dato Seri Najib mengambil tampuk kepimpinan baru dari Tun Abdullah, harapan baru akan tercapai agar UMNO dapat dipulihan kepercayaannya terhadap rakyat. Berbagai slogan dan janji dilakukan setelah itu tetapi perubahan semakin teruk. Masalah dalaman UMNO semakin mengudis dan Indeks rasuah semakin terbongkar apabila satu isu ke satu isu dibongkarkan dengan bijak oleh DSAI. Perbalahan di dalam UMNO dan kemaslahatan di dalam BN tidak mudah terungkai sehingga menyebabkan beratus atau ribu orang UMNO menukar parti berpindah ke PKR atau PAS. Tidak kurang terdapat beberapa orang bangsa Melayu menyertai DAP sendiri.

UMNO dan BN dilanda masalah apabila kepercayaan rakyat Sabah dan Sarawak kepada BN semakin terhakis."Kali inilah" dijadikan tag slogan untuk menakutkan UMNO dan BN. Memang benar kali ini rakyat Sabah dan Sarawak mula bangkit untuk menentang kerajaan pusat yang sering mengabaikan rakyat di sana. Tetapi sudah terlambat. Semakin hari semakin jelas perubahan di sana. Rakyat Sabah telah berani memberontak dan berusaha melakukan perubahan pada Pilihanraya ke 13 ini. Fenomena ini menjadikan Dato Seri Najib (DSN) bertambah menggelabah dan tidak menentu fikirannya terutama penglibatan Isterinya Datin Seri Rosmah dalam beberapa Isu politik tanahair. Berbagai isu dan masalah dihadapi BN terutama UMNO dalam menghadapi Piliharaya ke 13 ini. Rasa gementar setiap pemimpin utama UMNO terutama yang mempunyai masalah besar dan kritikal menjadikan mereka berusaha menghalang PR mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Akhbar aliran utama telah dikerah memainkan isu-isu fitnah serta wang rakyat dipergunakan demi mencapai matlamat penghalangan ini.

Setiap Himpunan PR mendapat sambutan rakyat.
Usaha ini juga mendapat tentangan daripada rakyat dan rakyat semakin berani bertindak menyebabkan UMNO terpaksa melambatkan pembubaran Parliment. Penglibatan kembali Tun Mahathir ke dalam kancah politik dengan mengadakan "Raod Show" serta melakukan statement yang diluar jangkaan mecacatkan lagi usha UMNO untuk diperbaiki. Kini UMNO sukar bergerak dan memenangi hati rakyat. Pemberian wang saku dan Bantuan Rakyat dengan berbagai panggilan tidak menggerakkan fikiran rakyat. Rakyat hanya menunggu pembubaran untuk menghukum UMNO seperti yang telah terpahat diminda mereka. Kekuatan PR semakin meningkat apabila setiap ceramah dan himpunan di adakan mendapat sokongan diluar jangkaan seperti sebelum ini.

Kini pihak PR menunggu hari pembubaran Parliment oleh PM agar diadakan pilihanraya ke 13 dan menentukan nasib masing-masing serta negara ini kepada rakyat. RAKYAT PENENTU MASA DEPAN NEGARA.









No comments:

Post a Comment