Wednesday 10 April 2013

LESEN KILANG BARU SUDAH DIWARTAKAN.. DUA KILANG MULA MEMOHON..

Kilang yang menentukan MISI dan VISI syarikat yang dapat lesen pada PRU13 nanti.
Maka bergembiralah sekelian pekerja kilang baru dan lama apabila umumkan pembubaran oleh Tok Pengurus Lama kita. Maka tidak lagi dipanggil YAB atau YB lagi.

Setidak-tidaknya terubat hati masing-masing yang selama ini tertanya-tanya tarikh keramat ini. Tentu sahaja yang paling gembira orang-orang yang inginkan perubahan. Orang yang tak nakan perubahan nampaknya tertakut-takut. Produk baru nak ditawarkan dan dijual selepas ini.

Pengurus Lama yang dituduh menCIPLAK MISI dan VISI Kilang Baru.
Maka tersebarlah ke seluruh alam ini Malaysia tidak lagi ada Pengurus, ia dah dipanggil mantan Pengurus. Maka tidak adalah yang kena panggil YB atau YAB lagi. Encik, Cik atau Puan kecuali yang dah siap ada gelaran, macam Tuan Man atau Tuan Riziah atau pun Raja Gopal. 

Bila bubar maka bersiaplah sekelian untuk berkempen. Masing-masing dah lama berkempen dan menjual kilang masing-masing. Seentero dunia dah tahu kilang mana yang akan memohon untuk mendapatkan lesen menjual produk masing-masing untuk dijual beli. Cuma kadang-kadang adalah satu dua yang cuba-cuba menjual diri. Untung sabut timbul. 

Tim. Pengurus Kilang Lama Yang Telah Tutup


Kilang PAS, DAP dan kilang lama UMNO paling laku urusniaganya.Kilang PKR barang baru tetapi transaksinya cukup memberansangkan. Barang barulah katakan, penjualnya orang lama.  Salesmen yang banyak pengalamanlah katakan. Jual apa pun laku.Akhirnya ajak kilang DAPp, PAS join sama buat produk baru dengan MISI dan VISI bersama yang dipanggil Kilang PR.

Maka produk baru dihasilkan lagi!!!

Soal laku dan tidak terpulang kepada produk masing-masing. Tiap-tiap barangan ada kelebihan dan kekuranganya. Terpulang kepada pembeli akan keperluannya. Jika minat maka barang itulah yang akan dibelinya. Tetapi kadang-kadang lain yang diminati lain yang dibeli. Ini namanya "Confius". 

Maka eloklah produk itu diperkenalkan baik buruknya. Apakah kelebihan dan kehebatan produk yang nak dijual. Pembeli nak juga tahu. Apa gunanya, asalnya, bahannya, adakah merbahaya kepada si pemakai, ada waranti ke, boleg gunapakai kepada semua orang ke dan sebagainya. Tarikh luput juga penting. Ada produk tu dah luput tarikhnya lupusnya, maka untuk elak kekeliruan, buat produk baru yang hampir serupa. Maka terbelilah pembeli barangan PALSU. Yang memalsukan barang tu, tokey syarikat tu juga!!!!. Malah banyak campuran dan kandungan ditiru bulat-bulat. Hampir kesemua bahan yang digunakan tertera seperti barang yang asli tetapi cara guna dan campurannya salah. Orang yang meniru tak tahu apa yang ditiru walaupun yang ditiru itu pernah dilakukan sebelum ini. Itulah sebabnya betapa bahaya membeli barangan tiruan.

Barang palsu memang merbahaya. Silap haribulan bahan yang digunakan boleh membunuh. Eloklah tukar sahaja produk yang asli yang selamat. Sah dan Halal. Pengguna ramai yang dah perasan dan hanya menunggu untuk disaman sahaja kerana menjual barangan tiruan.

Kita cuba dulu Produk Baru ini. Produk ni pun dah di gunapakai di sebahagian negeri. Ada jual di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Dulu ada jual di Perak tetapi ditarik balik,kerana disabotaj pekerjanya yang termakan RM. Bukan tak sayang pada komponi tetapi nak kaya cepat terpaksa buat kerja haram demi sesuap nasi. Mereka merampas dengan ganas dan kasarnya di kilang barangan itu.  Akhirnya pengurus kilang terpaksa buat mesyuarat di bawah pokok kerana kilang disita.

Pengurus Baru Yang bakal membuka kilang baru di Purajaya dengan MISI dan VISI yang hebat.
Oleh kerana produk ini cukup baik dan memberi kebaikan kepada pengguna, maka banyak negeri memohon untuk membelinya. Produk lama dah tak boleh pakai, kata mereka. Kulit menggerutu, kadang-kadang panas miang. Mungkin produk baru ini dapat mengubati berbagai penyakit di negeri lain. Lesen penjualan sedang dipohon. Insya Allah sebulan lagi dapatlah tu.

Tarikh nak mohon lesen kilang baru dah ditetapkan. Kata Tok yang jaya lesen, pada 5 haribulan May 2013. Tarikh hantar borang pada 20 haribulan April 2013. Pengguna ternanti-nanti sekilan lama untuk merasa dan mendapatkan produk baru ini seperti yang dijanjikan.

Kilang sebelah sini dah umum Misi dan Visi produk. Siap berkulit JINGGA pulak tu. Pengguna panggil Buku Jingga. Kilang di sebelah sana baru umum tetapi banyak yang mengelirukan sebab MISI dan VISI mereka sama macam Kilang sini. Pengguna merasa konpius dengan MISI dan VISI sebelah sana.

Dulu kilang sebelah sana cakap, kilang sebelah sini akan tutup bangkrap sebab MISI dan VISI nya yang mengarut. MISI dan VISI kilang sebelah sini tak real dan memusnahkan negara tetapi dalam diam kilang sebelah sana bulat-bulat tiru dan ubah sikit ayat, Font, warna serta terdapat sedikit unsur "lawak" dalam MISI dan VISI mereka. Pengguna bertambah pening dan tidak yakin dengan produk yang akan dikeluarkan kilang lama.

Hingga ke hari ini, pekerja kilang syarikat lama belum ada perkerja tetap lagi. Masih mencari-cari. Katanya ramai yang nak berebut nak jadi pengurus kerana dah lama tahunnya membodek pengurus kilang. Berbagai bangsa ada. Dengar cerita pengurus dah pening kepala untuk memilih sebab takut pekerja lain lari ke kilang baru (sini). Nasib malang pengurus kilang lama bertimpa-timpa apabila ada yang nak cabut lari sebab merajuk. Ada yang berhenti terus dan duduk rumah aje. Ada yang kerja kilang lain tetapi gaji nak ambil dari kilang lama. Itu pun akan dan sedang memeningkan pengurus lama. Itulah masalahnya gunakan kerja kontrak. Banyak duit terbuang dan membazir. Hasilnya tak seberapa. Menguntungkan pengurus sebelah sini aje. Dulu pernah kerja di kilang tu tetapi dipecat sebab berperangai tak senonoh, sekarang datang balik nak masuk tetapi mendapat tentangan ari pekerja tetap. Entahlah!!! Kesian juga pengurus.

Timbalan pengurus lama banyak juga masalahnya. Katanya masalah perangai pengurusnya (bos). Dengar cerita dia akan dilantik jadi pengurus jika bosnya tak capai sasaran pekerja 2/3. Apa lagi kalau tiada pekerja!!! Dengan timbalan pengurus akan tak ada kerja nanti dan tak dapat buka kilang yang nak dapat lesen ni.

Ramai pekerja nak rasa produk baru ni... TUNGGUlah pada malam 5hb May 2013, untuk lesen baru dikeluarkan.



No comments:

Post a Comment