Betullah kata orang bila kita sudah terlalu takut, apa-apa pun boleh terjadi. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak sedar apa yang kita lakukan melebih batas kemampuan kita.
Semasa UMNO berada di dalam suasana selesa, semua kerja yang dilakukan waras belaka. Dengan sombong dan bongkaknya mereka melanyak negara ini ikut sesuka hatinya. Tidak kira apa orang lain kata kerana orang yang berkata itu tidak berkuasa. Rakyat tidak boleh berkata apa-apa sebab waktu itu rakyat kekenyangkan melalui umpan yang ditaburkan.
Betullah kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, rakyat pada ketika itu dilayan seperti haiwan. Apabila telah dekat dan kenyang, mereka disembelihnya sehingga tidak boleh berkata apa-apa. Hakikat ini berlarutan sehingga beberapa penggal pilihanraya. UMNO dan BN akan mengulangi perkara yang serupa setiap pilihanraya atau keperluan mendesak diperlukan.
Kata orang panas tidak sampai ke petang..
Jerat yang dipasang dapat dihidu dengan mudah. Mangsa sudah kenal akan jerat.. Umpan dimakan jirat tidak BINGKAS.
Kali ini pilihanraya datang lagi. Pilihanraya yang teramat getir bagi UMNO dan BN. Bagi PR ia amat penting demi menjaga kesinambungan Malaysia. UMNO terkejut apabila umpan yang ditabur dan diberikan habis dimakan tetapi tidak banyak magsa yang dapat ditangkap. Seekor dua tetapi yang dikandang banyak terlepas. Dapat 10 ekor, yang terlepas 100 ekor. Itulah ibaratnya UMNO melakukan penipuan kepada rakyat. Rakyat diperlakukan seperti HAIWAN.
Tetapi mereka manusia yang semakin bijak berfikir. Pilihan semakin melebar. Mungkin dahulu tiada pilihan untuk berfikir. Jikalau tidak memilih UMNO dan BN tidak boleh diharapkan parti lain kerana mereka bergerak secara individu. Tak boleh tidak UMNO juga jadi pilihan dan taruhan. Kali ini peluang begitu besar untuk mengajar UMNO dan BN dari melakukan perkara-perkara mungkar berleluasa. Rasuah, penipuan, pengabaian hak dan sebagainya harus dihentikan.
Persoalan kestabilan negara adalah lebih penting dari kekuatan Meayu. Melayu kuat tetapi negara hancur tidak ada gunanya. Melayu tak hilang di dunia kata Tuk Hang Tuah tetapi segala maruah Melayu telah hilang oleh kebobrokkan UMNO dan BN. Ini pun juga tidak ada gunanya langsung. Jika sokong telah membawa rebah , apa guna bertongkat kepadanya. Cari dan dapatkan tongkat yang lain.
Kini tongkat sudah di depan mata, PAS, KEADILAN dan DAP mempu membentuk satu kerjasama yang jauh lebih baik daripada UMNO atau BARISAN NASIONAL (BN). Mereka membentuk satu ikatan kerja bersama tanpa penubuhan parti baru yang dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT(PR). Melalui inilah rakyat Malaysia bergantung harapan demi masa depan keluarga mereka dan negara.
KETAKUTAN YANG KETERLALUAN.
Seperti yang dijelaskan di atas, ketakutan UMNO dan BN sudah sampai ke tahapnya. Ini terbukti melalui pergerakkan, pertuturan, kekalutan dan sebagai menjadi-jadi terutama dalam kepimpinan UMNO dan BN.
Wang negara dipergunakan semaksimum mungkin. Apa sahaja kemungkinan yang ada untuk menarik kepercayaan rakyat kepada UMNO harus dilakukan. Janji rakyat dapat dipengaruhi di masa terdekat ini. TV dan media kerajaan tidak sedikit pun membawa berita untuk PR. Malah hampir setiap masa dan detik media-media prima ini akan melakukan sebarang fitnah yang mungkin untuk menarik minat rakyat.
Pemberian BRIM, BLIM, Pencen dan berbagai lagi aktiviti rasuah semakin rancak sebulan dua ini. Kenapa sekarang dilakukan?. Kenapa tidak dilakukan sebelum ini? Malah sebelum ini tidak ada sumbangan-sumbangan atau ihsan-ihsan seperti ini di adakan. Kalau ada pun harus ada sesuatu berlaku ketika itu. Rakyat tertipu setiap 5 tahun sekali.
UMNO terdesak lagi.... ! Fitnah ditaburkan dan dispinkan sebaik mungkin. Tidak kira haram atau halal UMNO tetap melaksanakan kerja-kerja ini sehingga berjaya dan mempengaruhi rakyat agar percaya kembali kepada UMNO.
Tetapi rakyat cerdik dan bijak. Samada MEDIA, bantuan, jolokkan, janji betul atau tipu diterima tetapi tidak disokong. Reverse mental telah diajar oleh PR bagaimana untuk menangkis segala dakyah yang dilakukan UMNO dan Kerajaan BN.
UMNO tidak kira apa juga kemungkinan berlaku asalkan mereka dapat meneruskan pemerintahan terutama diperingkat Parlimen. Undang-undang dan peraturan negara tidak lagi dihiraukan. Polis dan tentera berada di bawah genggamannya. Keadilan tidak diperlukan dalam situasi sekarang. Memandangkan masa terlalu SUNTUK, mereka akan berusaha mencari jalan pintas menumbangkan kepercayaan terhadap PR. Rakyat digula-gulakan, agama dipergunakan seboleh mungkin. Dahulunya PM jarang sekali berhadis dan berfirman, sekarang terpaksa menghafal beberapa kerat ayat berkaitan melalui bantuan ulamak UMNO untuk mengambarkan bertapa hebatnya PM Malaysia terhadap agama.
Untuk menarik pengundi remaja, hiburan luar dengan perbelanjaan besar diadakan. PSY yang dikatakan hebat dipanggil untuk menarik pengundi Cina dan India Remaja diadakan. Beberapa filem yang sukar ditonton rakyat Melayu dan confirm tidak laku dijaja ke sana sini secara percuma tetapi mendapat untung juga penerbitnya.
Rakyat sedang mengamuk..
Apapun dijolok dan disuap, meeka tetap memilih PR. Mereka inginkan perubahan. Setidak-tidaknya hendak merasa janji benar atau tidaknya PR sedangkan janji BN sudah terbukti BOHONG. Keyakinan rakyat untuk berubah semakin kuat dan kukuh apabila SELANGOR, KELANTAN dan KEDAH membuahkan bukti kemampuannya. Mereka ingin mencuba ke peringkat Persekutuan pula. Isu-isu baru dan lama dibangkitkan PR untuk membuka mata yang belum celik lagi. Kes Althatuya, NFC-Lembu Shahrizat Jalil, Deepak dan berbagai lagi yang tidak tersenarai di sini menjadi igauan Rosmah dan Najib.
Bukan orang UMNO tak tahu! TAHUUUUU sesangat tetapi demi maruah diri dan takut diserang UMNO dan parti maka berdiam diri atau menyokong secara alah kadar amat memadaii. Pangkah tetap PR..

No comments:
Post a Comment