SIAPA YANG UNTUNG
Ini
artikel yang di tujukan khas kepada majoriti orang Melayu supaya kekal
tidak menyokong parti fasis yang bernama UMNO. Ya- pembaca dengar
tidak bersalahan- saya menggelarkan UMNO parti fasis yang
menghamba-abdikan orang Melayu dan memperbudakkan dan membodohkan bangsa
Melayu. Setelah 50 tahun ketika UMNO lemah, barulah pemimpin UMNO
berkejaran memberi RM 500 seorang.
Berapa ribu orang terpaksa
beratur mendapatkan RM500 untuk menyamai harga cincin RM 74 juta?
Berapa yang kena beratur mendapatkan RM 500 menyamai handbag Birkin Hermes?
Amat menakjubkan orang Melayu sanggup menerima RM 500 tapi melupakan
kezaliman dan penganiayaan kerajaan UMNO keatas orang Melayu khususnya.
Boleh kah kita ganti RM 500 seorang dengan penafian hak rakyat Kelantan
yang majority nya orang Melayu mendapatkan royalty minyak? Minyak di
jumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan di nafikan peluang
membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. Mahathir lebih rela
menyalurkan minyak ke Songkhla Thailand dari Tok Bali. Jadi rakyat
Kelantan , ambil RM 500 tersebut tapi jangan lupa kezaliman dan
penganiayaan keatas kamu oleh UMNO dan BN.
Kenapa orang Melayu mahu lagi mendengar suara cemas seorang mamak
padukang yang telah pun menyatakan UMNO busuk sampai ke usus? Mamak ini
juga yang mengatakan bahawa pimpinan UMNO semua half past six dan
pimpinan yang ada tongong dan bingung. Bolehkah negara kita di bangunkan
oleh pimpinan yang tongong lagi bingung? Mana mungkin kita mahu percaya
celoteh si mamak padukang ini? bolehkah kita percaya warga emas dan
makcik serta pakcik yang menyertai gerakan Bersih 3.0 mahu menggulingkan
kerajaan bukan secara demokratik?
Kita hanya mahu menggulingkan kerajaan secara demokratik iaitu melalui peti undi. Dan rakyat semua berazam, mahu kick out the fascists UMNO and its BN component parties.
Bila kita ambil RM 500, kita jangan lupa jumlah RM 1.3 trillion duit
panas yang telah di salurkan ke luar negara. Apa pasal kerajaan UMNO/BN
berdiam diri dalam hal ini? adakah mereka bersekongkol dengan pihak
yang menyeludup wang tersebut? ia haram kalau balun seorang, tapi halal
kalau di kongsi bersama?
Ini bererti RM 130 billion setahun di seludup keluar negara. Bayangkan
jika RM 130 billion di kembalikan kedalam ekonomi kita, di tambah kepada
bajet negara sebanyak RM 250 billion itu, tentu kita dapat mengagihkan
kepada perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
Bila kita terima RM 500 itu jangan lupa kepada ketirisan dan kebocoran
yang di lakukan keatas ekonomi kita sebanyak RM 28 billion setahun. Kita
semua tahu ketirisan itu sebetulnya rasuah. Ini kerajaan yang berdiri
diatas rasuah. Dan Najib meneruskan program merasuah rakyat Malaysia. Orang Cina,
India dan terbaru, orang Sikh di rasuah supaya menyokong UMNO dan BN.
saya mahu golongan ini berfikir- jika UMNO dan BN boleh lakukan, sesiapa
sahaja yang menguasai kerajaan mampu melakukan nya dengan lebih baik
dari UMNO. Nobody can do any worse that how UMNO is doing currently.dan
membayar untuk menyelesaikan masaalah adalah vintage Najib.
Tapi syukur 3.7 juta pengundi Melayu sedar mengenai onar yang di
lakukan oleh UMNO. Sejak 1988, UMNO telah gagalkan orang Melayu. Since
1988, UMNO has failed the Malays. Apa jenis orang Melayu yang UMNO telah
lahirkan? Yang tertunduk tunduk, macam peon dan tamby menadah tangan
memintak sedekah?
UMNO telah memegang tampuk pemerintahan lebih dari 50 tahun. Cina
sengkek yang datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang hari ini
mendominasi ekonomi dan , suka tidak suka, mempengaruhi arah perjalanan
negara. UMNO yang mendominasi kuasa politik tidak mampu membetulkan
keadaan ini. namun, pemimpin UMNO tidak malu muka memohon di berikan
mandat satu tempoh lagi untuk meneruskan agenda penipuan dan penglanunan
mereka.
Kali ini sahaja UMNO mengubah taktik nya. Mohon di bantu dengan
pengucapan lemah lembut. Najib pun sudah meminta maaf. Jika UMNO kuat,
bahasa mereka bahasa sombong. Kali ini sahaja setelah 50 tahun UMNO
memberi bantuan RM 500 dan 200 dan apa apa lagi imbuhan kewangan. Sebab
apa? Sebab UMNO terdesak- jadi mereka bercakap lembut gigi dari lidah
dan merasuah semua orang untuk mengekalkan kuasa.
Setiap hari , kita bangun dan beritahu anak anak kita, mereka tidak
mampu bersaing dengan bangsa lain, kerana di lahirkan sebagai Melayu.
Apa penyelesaian yang di cadaangkan oleh UMNO?
Cara untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah mendaulatkan UMNO sebagai
penolong dan pelindung. Dalam kata lain, beri UMNO mandate mutlak.
Kuasa mutlak erti nya, fasis. Apa yang boleh di tunjukkan oleh UMNO kepada orang Melayu? Hari ini
UMNO hanya mampu menyatakan bahawa kalau UMNO tidak ada, maka habis lah
orang Melayu. Itu adalah bukti bahawa UMNO gagal membentuk Melayu yang
tahan lasak. Jika dasar UMNO baik dan bagus, tentulah jika UMNO tiada
pun, orang Melayu masih terus berjaya. UMNO menanamkan jiwa hamba kedalam benak orang Melayu supaya mengaitkan
jatuh bangun, maju dan jaya nya mereka dengan UMNO. Ustaz UMNO pun ke
sana sini melafazkan- taat lah kepada Allah, kepada Rasul dan
wa-ulil-amri-UMNO.Realiti, orang Melayu tidak perlu bergantung kepada UMNO untuk pertolongan dan perlindungan.
Saya malu mendengar pegawai kerajaan yang kiranya ada otak sedikit,
berdiri depan perserta seminar mengalirkan air mata mengistiharkan habis
lah orang Melayu jika UMNO kecundang. Orang tempat saya, Pekan Pahang
akan hanya berkata- kepala bapok awak. Yang habis dan mampus ialah orang Melayu seperti kamu yang mengeksploitasi emosi dan amanah orang melayu.
Adakah kamu ingat, orang Melayu lain yang mengambil alih tepat dan
kedudukan kamu tidak mampu membela orang Melayu? Kita boleh lakukan yang
lebih baik.
Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir
ekonomi dan negeri lebih baik dari yang mampu di lakukan oleh pemimpin
kerajaan UMNO. Masa depan orang Melayu lebih cerah di luar lingkungan
UMNO. Kerana itu, pegawai yang korap dan yang tidak membuat kerja ikhlas
dan jujur akan menangisi nasib mereka sebab kebenaran akan mengatasi
kebatilan akhirnya.
Dimana UMNO berdiri? UMNO berdiri di pihak bathil. Rakyat mesti menolak mereka. Terutama orang Melayu.
Dipetik dari Sakmongkol AK47
Sumber : http://www.tranungkite.net
No comments:
Post a Comment