Kecerdasan emosi adalah
suatu himpunan kemampuan mental yang membantu kita mengenal pasti dan memahami
perasaan kita dan perasaan orang lain. Kecerdasan emosi dapat meningkatkan
kemampuan kita mengawal perasaan kita (Meyers, 1999). Ada dua bahagian dalam kecerdasan emosi.
Bahagian pertama melibatkan emosi pemahaman intelek. Bahagian kedua melibatkan
emosi yang menjangkau ke dalam sistem intelektual dan menyebabkan terhasilnya
pemikiran dan idea kreatif. Bahagian ini amat sukar ditentukan dalam makmal
tetapi dapat dirasai oleh setiap manusia yang berakal.
Apabila seseorang itu berfikir dan membuat penafsiran, otak digunapakai dengan mengolah segala isikandungan yang ada. Isi kandungan yang ada inilah merupakan ramuan untuk menghasilkan presepsi seseorang dalam menentukan masa hadapan mereka.
Sebab itulah apabila seseorang melibatkan perkara yang melibatkan emosi, otak akan bergetar mendapatkan maklumat yang tersimpan untuk mengawal perilaku emosi itu. Emosi marah, sedih, ketawa dan sebagainya perlu dikawal berdasarkan ilmu dan maklumat pengalaman yang ada tersimpan diotak. Begitu juga persepsi seseorang terhadap politik. Rata-rata rakyat semakin meningkatkan emosi apabila persoalan politik diperbincangkan. Di kedai kopi, internet, perbincangan dan sebagainya emosi yang terhasil dan kekuatan emosi ini bergantung kepada jenis dan kawalan yang dimiliki seseorang.
Ramai yang membicarakan kemampuan kerohanian(spiritual) dan emosi(emosional) amat penting kepada seseorang. Setelah ditimbulkan oleh ilmuwan barat ramai yang berusaha untuk mengetahui takrifan dan pengertian sebenar berhubung perkara ini khususnya pakar-pakar psikologi sebagai melengkapkan ilmu kajian. Ia semakin kompleks apabila Spiritual (SQ) berhubung dengan emotional spiritual quotient (ESQ). Jika dikaji dengan lebih mendalam, kemampuan emosi dan kerohanian telah lama dipraktikkan oleh masyarakat sebelum ini yang bergelut di bidang kerohanian(spiritual). Ketidak hadiran ESQ dan SQ sukar menterjemahkan pemahaman politik dan psikologi kepimpinan.

Pemahaman kerohanian oleh Suryani berbeza dengan
pemahaman yang ada di dalam buku yang terdapat di pasaran sekarang. Danah
Zohar dan Ian Marshall (2000) melalui bukunya "SQ, Spiritual
Intellegence The Ultimate Intelligence"[1]
menyatakan bahwa kecerdasan kerohanian(Spritual Intellegence) sebagai
sebuah puncak kecerdasan dan bahkan lebih sempurna dari Intelegence Quotient
(IQ) atau pun Emotional Quontient (EQ). SQ ditafsirkan oleh Marsha
Sinetar,
melibatkan kemampuan menghidupkan kebenaran yang paling dalam pada diri
seseorang.
Islam menitik beratkan kawalan emosi dalam melakukan sebarang aktiviti atau menghadapi sebarang kemungkinan. Samada kemungkinan besar, kecil secara individu atau kelompok pengurusan emosi memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment