
Negara baru sahaja dua tiga hari genap 5 tahun tamat tempoh pemerintahan untuk sessi PRU12 dan masih lagi belum kedengaran PM akan mengumumkan diadakan PRU13 pula. Tarikh tamat tempoh ini mencerminkan negara perlu adakan pemilihan pemimpin buat kesekian kalinya.
Semakin hampir pilihanraya semakin banyak masalah timbul di kalangan rakyat dan semakin kritikal keadaan negara ini. Berbagai bagai insident dan perkara yang berlaku yang tidak terduga akhir-akhir ini.
Adakah semua ini permainan atau ia merupakan satu kebetulan berlaku? Hanya yang tahu sahaja memahami hakikat sebenar kejadian. Jika kelewatan pembubaran Parlimen adalah disebabkan berlakunya insiden di Sabah adalah tidak masuk akal kerana sebelum ini PM masih lagi teragak-agak untuk membubarkan parlimen. Masa dan tempoh masa DUN ada yang hampir sampai masa edahnya dan rakyat telah sedia maklum tertunggu-tunggu akan pembubaran untuk Pilihanraya ke 13.
Kisah Sabah atau kekecohan rakyat Sulu menjadi kayu ukur terakhir samada pilihanraya harus di adakan atau tidak masa terdekat ini. PM amat bergantung kepada insident ini memandangkan keadaan sebelum ini tidak memuaskan dirinya untuk pembubaran. PM dan UMNO menanti tindakan pembangkang atau riaksi pembangkang untuk dijadikan kambing hitam agar rakyat mempercayaai akan keburukkan Pakatan Pembangkang (PR).
Kes Tian Chua dari PKR telah menjadi contoh terbaik bagaimana UMNO dan BN mempergunakan kes ini untuk menghentam Pakatan. Hanya ini satu sahaja kes terlepas dan tercelupar yang diguna pakai oleh UMNO untuk menarik kepercayaan rakyat. Rata-rata rakyat mula mempercayaai insiden Tian Chua ini. Walau pun Tian Chua mempunyai maksud lain dari apa yang di war-war atau dijaja oleh TV3, Utusan dan media-media alternatiflain, namun rakyat masih terfikir-fikir apakah ianya benar atau ianya satu sandiwara dalaman UMNO.
Penjelasan Tian Chua tidak mendapat perhatian UMNO/BN tetapi diputar belitkan lagi agar ia menjadi satu kisah yang real dan boleh mempengaruhi pengundi. Sehingga kini PM tidak nampak boleh diumumkan pembubaran kerana kes Tian Chua tidak mendapat respon daripada rakyat.
UMNO berusaha mencari jalan lain dengan menggeletek pemimpin lain seperti Anwar dan PAS kerana mereka ini akan dijadikan modal di dalam akhbar dan media seperti juga Tian Chua sebelum ini. Kisah Anwar sebagai dalang dalam kes Lahad Datu menjadi bahan cercaan dan ulang tayang kepada UMNO serta bloger-bloger mereka. Tetapi Anwar dan PR tidak melatah malah disambut dengan hati terbuka, malah menjawab setiap tohmahan dan fitnah itu denmgan sopan. PAS terpaksa berdiam diri buat seketika kerana PAS tidak mahu dijadikan alat oleh UMNO masa terdekat ini.
![]() |
Insiden Di Lahad Datu dan Sultan Kiram III menjadi Isu Utama UMNO. |
UMNO akan sentiasa berusaha melalui cawangan perisik (SB) mereka untuk memprovokasi keadaan supaya PAS , PKR atau DAP bersuara lsntsng dan melatah. UMNO akan memerangkap setiap perlakuan PR dan ingin menjadikan buah peluru sebelum pilihanraya.
PRU TIGABELAS tidak begitu arif samada kes En Azlan bapa kepada Saiful Bukhari adalah kes benar atau ia satu permainan? Apa-apa pun PR menerima dahulu kejadian ini dan berharap ia tidak berlaku sebaliknya nanti. Kes ini memberi tamparan hebat terhadap PM dan UMNO khasnya. Kes ini adalah maruah UMNO serta keluarga Najib malah Parti UMNO sendiri amat bergantung kepada kes untuk memperlekehkan DS Anwar Ibrahim. Adakah pilihanraya akan dilambatkan lagi?
Sampai bila?
MOOD pilihanraya semakin memuncak kepada setiap rakyat yang inginkan perubahan. MOOD ini tidak akan hilang selagi ia tidak diumumkan. Bila pilihanraya ingin diadakan menjadi teka-teki terutama bloger-bloger serta pihak akademik. Semuanya andaian hancur belaka. Bukan kerana PM Najib tidak merancang, malah mendapat bantuan lagi daripada Tun Mahathir. Keadaan rakyat dan kemungkinan kekalahan BN amat dirasai. Walaupun BN masih 50% majoriti mengikut andaian pengkaji, mereka tidak berani membubarkannya. Macam-macam boleh berlaku dalam pilihanraya Malaysia. 50% itu hanya mainan kajian tetapi tidak realitinya. Realitinya adalah 35% mendapat sokongan daripada BN dan selebihnya dimiliki Pakatan Rakyat. Laporan ini menakutkan lagi PM seingga membuat keputusan menangguhkan lagi pembubaran.
Sampai bila PM akan bertahan adalah bergantung kepada syarat PR. Selagi PR tidak ada isu untuk diperburukan UMNO selagi itulah pembubaran belum bertemu tarikhnya. Mencari kesalahan di dalam PR sentiasa berjalan seperti biasa tetapi harus diingat PR terutama PKR, PAS dan DAP harus bertahan terutama mulut-mulut serta tingkahlaku pemimpin utama. Sekal tersilap langkah maka langkah inilah akan digunakan PM dan UMNO untuk diperburukkan dan di "SPIN" sepanjang pilihanraya.
Pesanan dan amanat PRU TIGABELAS agar "BERDIAM DAN MENUTUP MULUT SEKETIKA" sehingga terbubar atau dibubar atau DS Najib terbubar sendiri barulah PR boleh bersuara sewenang-wenangnya.
Salam buat semua pemimpin PR dan kepada ahli-ahli parti jagailah akhlak serta tatatertip semasa berkempen.
Sampai bila PM akan bertahan adalah bergantung kepada syarat PR. Selagi PR tidak ada isu untuk diperburukan UMNO selagi itulah pembubaran belum bertemu tarikhnya. Mencari kesalahan di dalam PR sentiasa berjalan seperti biasa tetapi harus diingat PR terutama PKR, PAS dan DAP harus bertahan terutama mulut-mulut serta tingkahlaku pemimpin utama. Sekal tersilap langkah maka langkah inilah akan digunakan PM dan UMNO untuk diperburukkan dan di "SPIN" sepanjang pilihanraya.
Pesanan dan amanat PRU TIGABELAS agar "BERDIAM DAN MENUTUP MULUT SEKETIKA" sehingga terbubar atau dibubar atau DS Najib terbubar sendiri barulah PR boleh bersuara sewenang-wenangnya.
Salam buat semua pemimpin PR dan kepada ahli-ahli parti jagailah akhlak serta tatatertip semasa berkempen.
No comments:
Post a Comment