Friday, 8 March 2013

UMNO Mencari Jalan Mengelak Kekalahan Dalam PRU13.

Oleh : PRU.TIGABELAS

Keterdesakan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya ke tiga belas (PRU13) semakin ketara apabila PRU semakin hampir. Pada 9hb Mac ini maka genaplah 5 tahun pusingan Pilihanraya Ke 12 dan bila-bila masa Najib boleh sahaja mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan.

PRU TIGABELAS tidak berapa pasti samada PM akan mengumumkan pembubaran atau tidak dan PRU TIGABELAS tidak berani untuk meneka lagi. PM banyak sangat bermain dan membuat rakyat terteka-teka. Kali ini rakyat  membiarkan PM membubarkan ikut suka hatinya atau terbubar tanpa dibubar. 

Disebut soal bubar, dikalangan rakyat jelata ramai yang membuat teka-teki pula. Ada yang menyatakan Najib tidak berani membubarkan Pilihanraya disebabkan BN telah dilaporkan kalah oleh SB-SB mereka. Ada juga yang mengatakan Najib tidak puas memegang jawatan sebagai PM kerana selepas ini dia sudah pasti tidak akan dapat memegang jawatan itu, samada PR menang atau UMNO masih berkuasa. Jika berkuasa lagi, Muhyidin akan memberontak untuk mengambil alih tampuk president. Apa-apa pun ASAL BUKAN NAJIB jadi PM telah menular ke semua orang.

Najib dan UMNO berusaha menidakkan kekuatan PR apabila pilihanraya semakin hampir. Tuduhan dan fitnah yang di lemparkan kepada semua parti dalam PR semakin menjadi-jadi. Terutama tuduhan kepada Ketua Umum, DSAI. Segala perkara buruk yang berlaku di negara ini yang bersabitan politik adalah salah Anwar. Fenomena Salah Anwar merebak sehingga ke Filipina. 

Baru-baru ini apabila tragedi Sabah melanda negara, Anwar dipersalahkan lagi. Anwar menjadi dalang berlakunya tragedi ini. Dua tiga hari rakyat dimomokan dengan berita fitnah dan palsu ini. Tetapi rakyat ramai yang bijak. Masuk hari berikutnya berpusu-pusu maklumat tentang Najib berhubungan kaitannya dengan Sultan Kiram tersebar di internet. Daripada hubungan keluarga sehinggalah kepada hubungan politik bertalu-talu diedarkan. Dari mana para bloger ini mendapat maklumat tidaklah PRU TIGABELAS arif. Malah ada yang lebih hebat dari itu melibatkan Tun Mahathir lah yang melakukan kesilapan memberi IC percuma kepada rakyat Filipina semasa 2008 untuk menumbangkan Kerajaan Sabah ketika itu. Tun Mahathir terdiam buat seketika. Esok lusa bersuaralah dia menuduk PR dalang segalanya!!!.

Muhyiddin banyak memberi tekanan kepada Najib.
PRU TIGABELAS banyak mendapat pandangan melalui ruang cyber. Kemungkinan Sabah akan di daruratkan demi kesinambungan politik Najib dan BN. Sabah memiliki banyak kawasan Parlimen dan sebagai penyumbang utama kemenangan BN di Parlimen pada PRU12 dahulu. Dengan bantuan Sabah dan Sarawak BN menang tipis tetapi gagal mendapat mejoriti di Parlimen. Oleh itu usaha menghalang daripada jatuh ke tangan PR pada PRU13 harus disekat. Isu Sabah mungkin salah satu caranya. Mendaruratkan Sabah dapat menyelamatkan banyak kawasan Parlimen jatuh ke tangan PR. Atau melambatkan Pilihanraya agar BN dapat ruang untuk mengelak kekalahan.

Sogokkan BRIM dan bantuan rakyat belum dapat menyakinkan pengundi kerana tektik lapuk ini telah digunakan berpuluh tahun dahulu. Jalan lain diusahakan  pada masa terdekat ini. Kes Sabah dicuba samada berjaya atau tidak menarik hati rakyat. Isu Sabah akan digunakan UMNO sebelum pembubar Pilihanraya ini. Berjaya atau tidak masih dalam proses penilaian.

Masalahnya Najib berdiri sendiri dan segala keputusan yang mendapat sokongan secara literal sahaja. Mungkin kepimpinan lain dalam UMNO tidak berapa yakin kemenangan UMNO /BN PRU13 ini. Di sebabkan kedegilan Najib dan keangkuhan Tun Mahathir ramai ahli-ahli UMNO dan bekas-bekas orang kuat UMNO lari meninggalkan UMNO secara senyap dan akan memprotes pada PRU akan datang.

Walau apa pun umpan UMNO berikan, rakyat tetap sokong PR.
Najib tidak tahu jalan apa nak digunakan untuk mencapai kemenagan dirinya atau UMNO. Jika dirinya menang dan UMNO kalah tidak gunanya juga. Kalau dia kalah dan UMNO menang pun tidak ada gunanya juga dan akan bertambah teruk dirinya. Jika dua-dua kalah rasanya baru puas hati . Win-Win situation. Najib tak bersuara, UMNO tak berkuasa.

Semasa artikel ini di tulis : Kes Saiful diliwat berhubungan penarikan semula akuan sedang berlaku. Ini satu masalah paling besar kepada UMNO dan Najib.


No comments:

Post a Comment