Ole : PRU.TIGABELAS.
Pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri semakin menjadi tertanya-tanya. Semakin celaru rakyat dibuatnya. Apatah lagi berlakunya tragedi di Lahad Datu, Sabah. Krisis ini menjadikan teki-teki pilihanraya semakin bercambah dan bertambah-tambah pula andaian rakyat terhadap Perdana Menteri.
Kenapa tiba-tiba Sultan Sulu dan rakyatnya menceroboh perairan dan tanah di Sabah tidaklah diketahui PRU.TIGABELAS. Bangun sahaja dari tidur PRU.TIGABELAS terbaca berita sabah diserang hendap oleh penceroboh.
"Batal lagilah pembubaran parliment dan DUN kali ini!" bisik hati ini.
Tidak sampai beberapa minit bertubi-tubilah tuduhan terhadap Pakatan Rakyat oleh media-media UMNO dan membacalah sekelian orang walaupun tidak pernah membaca. Anwar dan beberapa pimpinan PKR menjadi sasaran dan dianggap dalang dalam peristiiwa ini. Selang beberapa jam berita hangat ini terlekat di kepala pembaca terutama rakyat di atas pagar yang menanti berita-berita seperti ini.
Anwar menjadi sasaran. Tian Chua dituduh berkata tidak sopan malah ia dikaitkan dengan Pakatan Rakyat akan sesalahannya yang belum tentu hujung pangkalnya. Dua tiga hari barulah Pakatan Rakyat (PR) membuat kenyataan melalui Ketua Umum bahawa PR dan Anwar tidak kena mengena dalam peristiwa ini. Saman dan menyaman pun bermula. Seperti biasa akhbar Utusan dan TV3 akan berzikir memainkan perkara-perkara percuma ini berulang kali atas arahan pihak atasan.
Menteri bertanggungjawab terhadap kemanan dan ketenteraman dalam negara mencari jalan untuk mengenakan PR dan dibantu pula oleh Menteri Tentera sendiri. Rakyat dijolok dengan beberapa berita yang dikaitkan dengan Anwar dan Pakatan Rakyat.
Maka, setiap kali berlakunya perkara seperti ini yang melibatkan maruah, Anwar sahaja yang akan dituduh. Kenapa tidak dikaitakan dengan Haji Hadi, Nik Aziz dan sebagainya?Terlalu takut sungguh pada Anwar.
Anwar adalah salah seorang yang amat digeruni oleh setiap parti lawan. UMNO ketahui hakikat ini dan malah semasa di dalam UMNO, Anwarlah yang paling terpengaruh di kalangan sahabat UMNO. Pengaruhinya tidak pudar walaupun terkurung di dalam penjara sebelum kembali menerajui negara.
UMNO tidak takut dan hairan dengan PAS, kerana mereka boleh mempermainkan orang-orangnya (PAS). Kemunculan PKR dianggap tidak membebankan UMNO kerana ia dianggap sebagai perti serpihan. Seperti juga parti-parti sebelum ini, S46 yang terkubur begitu sahaja setelah daya pujukkan Tun Mahathir berjaya.
Tanggapan mereka salah dan salah sama sekali terhadap kekuatan PR. Memang PAS tidak kuat, DAP parti Cina dan PKR parti serpihan UMNO. Penggabungan ketika-tiga parti yang sukar memenagi pilihanraya akhirnya menjadi kuat dan terkukuh. Ini menyebabkan UMNO dan BN terkasima dengan pelan penaklukkan baru bagi pembangkang terhadap politik. Bermula titik inilah UMNO merancang sesuatu untuk menarik minat rakyat terhadap mereka. Tetapi sudah terlewat. Kekuatan PR semakin menyerlah. Oleh itu demi kesinambungan pemerintahan UMNO mencari penyebab kenapa ini berlaku.
Penyelidikan demi penyelidikan mereka lakukan dan akhirny mereka mendapat konklusi bahawa Anwarlah penyebab kekuatan PR dan Anwar jugalah menyebabkan UMNO tidak menjadi pilihan rakyat. Anwar dihantam hari demi hari. Tuduhan rekaan semakin bertimbun-timbun di mahkamah. Selagi ada kelibat Anwar di negara ini, selagi itulah segala tuduhan harus kepada Anwar. Sehinggalah ayam mati di tepi jalan juga adalah disebabkan Anwar. TV dan Media juga menjadikan nama Anwar semakin laku dan terkenal.
Anwar mesti diguling, dihapus, atau dipenjarakan melalui kes yang direka....
Begitu juga PAS dan DAP....
Pada awalnya PAS tidak menyerlah tetapi kebijasanaan pimpinan PAS dan ketabahan pimpinan DAP segala isu bersabit antara satu dengan yang lain tenggelam begitu sahaja. UMNO juga berusaha mencari ruang kosong antara DAP dan PAS agar fitnah dapat diselitkan. Ini akan memudah memecahkan persefahaman antara parti-parti. Oleh kerana dakyah ini tidak mendapat perhatian rakyat mereka mencari jalan lain. Anwar akan dikaitkan dan disalahkan.
Selagi Anwar ada, selagi itulah UMNO tidak selamat..
No comments:
Post a Comment